No : 3
FPI / 2
No ; 6
FSSK / 2
No ; 7
FST / 2
Bangi 9 Jan 12.10 am | GMFPI (Gabungan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam) telah menganjurkan satu pertandingan futsal. Pertandingan ini telah diadakan di gelanggang futsal Kolej Ibrahim Yaakub. Sambutan yang diterima amat menggalakkan . Seramai 12 kumpulan telah mempersembahkan corak dan strategi permainan masing-masing. Pertandingan ini bermula pada jam 9.30 malam.
Wartawan GMFPI sempat menemuramah beberapa peserta pertandingan tersebut ”terima kasihlah kat pihak GMFPI ni selaku penganjur program, sebab boleh mengeratkan lagi ukhwah antara kami, sebelum ni tak berapa rapat dengan kawan-kawan lain jabatan, tapi lepas ni dah boleh main futsal sama-sama la tiap-tiap minggu” ujar Ridwan Ramli selaku pelajar tahun satu Jabatan Usuluddin dan Falsafah.
Selain itu, kami juga sempat menemuramah Pengerusi GMFPI, saudara Muhammad Syafiq Aziz ”saya rasa bersyukur sebab dapat menganjurkan program ni pada adik-adik tahun satu, sukan ialah salah satu jalan untuk kita merapatkan ukhwah sesama manusia, tak kiralah kita ideologi apapun yang penting kenalah bersatu, macam kita main futsal malam ni gak. Lepas ni kalau boleh kita jemputlah aspirasi ajak ‘friendly’(sambil berseloroh), baru boleh rapatkan ukhwah antara kita walaupun berbeza pendapat, tapi kita tetap hamba Allah
Pemenang akan membawa pulang hadiah berupa hamper pada minggu hadapan ketika final pertandingan tersebut. Pertandingan futsal GMFPI telah tamat pada jam 12.10am.
Bangi, 8 Jan- Gabungan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (GM-FPI) menyertai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) turum bertemu masyarakat kampus. Bermual awal bersama memeriahkan program "Gotong-royong Memasak Bubur Sugho"@Asyura yang dianjurkan oleh persatuan anak negeri Kelantan iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Naim (PERDANA) semalam.
Bubur asura ini berjaya siap di masak pada pukul 3.30 petang kemudian agihan kepada mahasiswa mahasiswi yang hadir pada petang itu bermula selepas Asar. Bubur Asyura juga diagihkan kepada warga UKM yang berada dalam kesesakan, memandu di hadapan masjid. Keriangan jelas kelihatan pada wajah-wajah yang menerima bungkusan berisi bubur Asyura itu.
Sepanjang hari tersebut, beberapa siri bertemu masyarakat kampus turut diadakan dibeberapa kawasan lain terutamanya dikawasan pusanika. Di Pusanika GMUKM mengadakan pelancaran barangan GMUKM bertempat di bangunan pusanika. GM-FPI merupakan badan persatuan dibawah GMUKM bersama membantu GMUKM mempormasi beberapa barangan GMUKM semperna pelancaran tersebut.
Pada pukul 6.00 petang GM-FPI turut bersama dengan GMUKM telah berhimpun di parking motor di hadapan FPI. Perhimpunan ini bertujuanmenyahut seruan dan saranan daripada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengadakan sudut pidato atau 'speaker corner'.
Perhimpunan ini disertai oleh lebih 60 orang dikalangan penyokong GMUKM. Sudut pidato ini diadakan untuk meluahkan pendapat atau pandangan mengenai isu yang hangat diperkatakan warga UKM kini iaitu mengenai pilihan raya kampus yang akan diadakan dalam masa terdekat. Malamnya, duta GM-FPI saudara Nik Shafie bin Raja daud telah dijemput member I pengisian di Kolej Ibu Zain bersempena Program Bacaan Yasin Sempena Awal Semester. Selepas membaca yasin dan solat hajat, saudara NIk Shafie memberi sedikit pengisian.
Tajuk pengisian yang berbentuk tazkirah ini ialah "hijrah". Banyak input tentang hijrah Rasulullah s.a.w telah disampai, terutama penekanan dari aspek strategi yang dilakukan oleh baginda. Selepas majlis ini selesai, pihak GM-FPI telah bertemu saudara NIk Shafie, beliau telah memberi kesimpulan dari apa yang telah disampaikan:
“Hijrah merupakan mekanisma penting untuk perkembangan dakwah Islam itu khususnya dan masyarakat yang lebih baik umumnya. Pengajaran dari peristiwa ini, hijrah kearah kebaikan merupakan sesuatu yang mesti bukanlah sesuatu pilihan, justeru untuk memastikan hak kebajikan masyarakat kampus terjamin perlulah melakukan perubahan, ini merupakan penghijrahan yang menjadi kemestian.”
Bersatu Memimpin Perubahan