Wednesday, January 27, 2010

CALON UMUM TAHUN 1 DAN 2 (undilah calon Mahasiswa)


Mohd Nazri bin Mohd Tahir
No : 3
FPI / 2


Siti Zaharah binti Ramli
No ; 6
FSSK / 2



Mohd Farid Fitri Mohd Salleh
No ; 7
FST / 2




Mohd Hafiz bin Abdul Razak
No : 8
FPI / 2



Muslimah binti Marsi
No : 10
FKAB / 1




Muhammad Hilmi Bin Ramli
No : 11
FST : 1

CALON UMUM TAHUN 3 DAN 4 (undilah calon Mahasiswa)


Muhammad Shafiq bin A Aziz
No : 2
FPI / 3





Muhammad Faiz Bin Ismail
No : 3
FPEND / 3



Nabilah Binti Mohamad Maiyidin
N0 : 5
FPENd / 3




Alia Suzana Binti Asri
No ; 6
FPERUBATAN / 3



Rabunah Binti Ahmad
No : 9
FSSK / 3

Manifesto calon Mahasiswa MPP FPI / Tahun 3



MANIFESTO


Bertindak menyediakan program berkaitan persediaan awal ke alam pekerjaan bagi pelajar tahun akhir



Melaksanakan program pembudayaan ilmu bahasa dan sahsiah di kalanagan Mahasiswa/I UKM

Tuesday, January 26, 2010

CALON KERUSI FAKULTI PENGAJIAN ISLAM TAHUN 1/2 : MENANG TANPA BERTANDING


CALON FAKULTI PENGAJIAN ISLAM TAHUN 3

NetBall GMFPI



Sabtu-21/1/2010 - GErakan siswi GMFPI tampil mantap dengan menganjurkan satu pertandingn bola jaring yang disertai oleh hampir 40 orang siswi Fakulti Pengajian Islam. Pertandingan yang bermula pada jam 6.00 petang itu, amatlah meriah dan menerujakan semua pihak terutamanya penyokong kuat GMUKM.

Wartawan GMFPI sempat menemuramah Saudari Hidayat, siswi Jabatan Arab dan Tamadun Islam tahun 3, jelasnya, beliau amat berharap pertandingan dan acara seumpama ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang kerana ianya amat baik dan mampu merapatkan ukhwah di kalangan semua pelajar FPI terutamanya mahasiswi. Beliau juga turut merasa takjub di atas penyertaan yang amat menggalakkan.

Di akhir permainan, Team Fatihah berjaya merangkul gelaran juara manakala Team Nahdhah naib juara. manakala Team GMFPI memenangi tempat ketiga. Kehebatan yang ditonjolkan oleh semua team yang bertanding menunujukkan bahawa siswi FPI ternyata mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan komited terhadap program-program yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa.

Pertandingan diakhiri dengan Bacaan doa yang dibacakan oleh Saudari Nur Aisyah Yusuf. Ringkasnya, Diharapkan agar program-program GMUKM selepas ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima ramai.

MUSLIMAT POWER!
AKTIF, HEBAT, MANTAP..MANTAP..MANTAP....!
HIDUP GMFPI!

Friday, January 22, 2010

Dimanakah kehebatan Mahasiswa Islam


Sejarah telah mengajar betapa dengan idea dan kekuatan yang ada pada mahasiswa mampu membuka mata masyarakat sekeliling akan peripentingnya peranan yang dimainkan oleh mahasiswa. Contohnya pengarang akhbar Al-Imam(1906) dan Neracha(1926) iaitu Syed Syeikh Ali Al-Hadi,Syed Jalaluddin Tahir beserta sahabat-sahabatnya yang lain... Mereka ini telah berjaya meniupkan semangat anti penjajah dan menuntut hak kemerdekaan, dan dalam masa yang sama juga mereka ini adalah bekas graduan universiti Al-Azhar sendiri. Begitu juga jika ingin diselak kembali lipatan sejarah yang dicetuskan oleh mahasiswa tanah air. Kita sejujurnya tidak pernah sunyi dengan tokoh-tokoh perubah masyarakat yang lahir daripada sulbi kemahasiswaan.

Namun apabila diamati singkapan sejarah di atas & yang lain dengan sedalam-dalamnya, mahasiswa tidak hanya menjadi aset atau harta bagi sesebuah negara, bahkan lebih daripada itu mahasiswa juga pernah dijulang sebagai pemimpin perubahan masyarakat. Sedar atau tidak mahasiswa merupakan suara harapan rakyat. Ini kerana golongan inilah yang dipandang sebagai penentu halatuju negara. Mahasiswa menjadi mata dan telinga masyarakat, kepada golongan inilah masyarakat atau rakyat harapkan untuk menentukan arah tuju pemerintahan negara yang mereka idamkan. Maka sudah pastilah jika barisan mahasiswa yang mengepalai masyarakat, istilah-istilah kronisme, nepotisme dan kezaliman akan menjadi suatu yang asing kepada rakyat.

Justeru secara tabi'inya apabila segala penghormatan ini terarah kepada mahasiswa, maka wajiblah ke atas mahasiswa untuk memahami serta menghayati tanggungjawab serta tujuan dan matlamat belajar agar tidak mengarah kepada 'material target' semata-mata. Apabila kita gagal untuk memahami kedudukan, posisi serta tanggungjawab sebagai agen perubah masyarakat, maka selama itulah mahasiswa akan terus dialpakan dengan matlamat memburu 'career' dan material semata-mata. Justeru, ini merupakan peringatan penting buat semua mahasiswa... Janganlah biarkan diri anda menjadi robot atau minda anda diset dan diprogramkan hanya untuk menyelesaikan satu keadaan khususnya yang bersifat peribadi semata-mata. Sesungguhnya mahasiswa yang terperangkap dalam jerat ini akan terzahir padanya kependekan akal, kedangkalan minda serta ketandusan tindakan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan masyarakat umum khasnya. Bangkitlah andai kita terlena!!

Nik Shafie bin Raja Daud

Pembubaran PMUKM


21 Jan 10- Notis pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merangkap pimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah ditampal semalam.


Notis tersebut dinaikkan di Pusanika pada malam tadi.


"Bagi pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), kami telah siap sedia sejak awal. Walaupun notis yang ditampal seperti biskut 'chipsmore' pada petang semalam, ia tidak sedikit pun menggentarkan kami mahasiswa UKM. Hal ini kerana, persiapan di peringkat GMUKM telah mencapai 100% dan sedia untuk berperang bagi merebut kerusi PMUKM,"luah saudara Affandi Abdul Rahman, Pengerusi MAMPU UKM.


Dimaklumkan bahawa hari Isnin 25 Januari 2010 merupakan Hari Penamaan Calon dan hari pembuangan undi jatuh pada hari Khamis 28 Januari 2010, Hari Ungu UKM. Gabungan Mahasiswa UKM berharap semua rakan-rakan mahasiswa UKM boleh melakukan perubahan pada sesi kali ini dengan mengundi calon-calon mahasiswa yang akan ditampilkan.

Bersama Memimpin Perubahan

Sumber : GMUKM

Wednesday, January 20, 2010

Pentingkah politik Islam?

Politik atau siyasah merupakan sesuatu yang unik untuk dibicarakan. Kadangkala dengan keunikan yang ada pada politik,menyebabkan manusia minat berbicara tentangnya, dan kadangkala dengan keunikan itu juga, menyebabkan manusia agak benci untuk berbicara tentangnya. Kebencian ini adalah disebabkan ada unsur amalan yang bercanggah dengan fitrah kemanusiaan dalam berpolitik, seperti penipuan, pembohongan, penyelewengan dan sebagainya.

Islam memandang politik merupakan satu kuasa yang perlu diberikan kepada mereka yang amanah . Islam menyatakan demikian adalah kerana, jika kuasa politik dipegang oleh mereka yang tidak amanah, sudah pasti bumi ini akan berlaku pelbagai kerosakan. Amanah dalam berpolitik adalah untuk melaksanakan tuntutan Allah SWT dengan melaksanakan segala kandungan yang wujud dalam wahyu. Siapakah kita yang cuba menolak kandungan dari wahyuNya?, maka tidak dapat tidak politik penting dalam Islam, kerana Islam lengkap untuk diikuti mengikut zaman, masa dan keadaan.

Nik shafie bin Raja Daud

Sunday, January 10, 2010

Futsal GM-FPI mendapat sambutan


Bangi 9 Jan 12.10 am | GMFPI (Gabungan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam) telah menganjurkan satu pertandingan futsal. Pertandingan ini telah diadakan di gelanggang futsal Kolej Ibrahim Yaakub. Sambutan yang diterima amat menggalakkan . Seramai 12 kumpulan telah mempersembahkan corak dan strategi permainan masing-masing. Pertandingan ini bermula pada jam 9.30 malam.


Wartawan GMFPI sempat menemuramah beberapa peserta pertandingan tersebut ”terima kasihlah kat pihak GMFPI ni selaku penganjur program, sebab boleh mengeratkan lagi ukhwah antara kami, sebelum ni tak berapa rapat dengan kawan-kawan lain jabatan, tapi lepas ni dah boleh main futsal sama-sama la tiap-tiap minggu” ujar Ridwan Ramli selaku pelajar tahun satu Jabatan Usuluddin dan Falsafah.



Selain itu, kami juga sempat menemuramah Pengerusi GMFPI, saudara Muhammad Syafiq Aziz ”saya rasa bersyukur sebab dapat menganjurkan program ni pada adik-adik tahun satu, sukan ialah salah satu jalan untuk kita merapatkan ukhwah sesama manusia, tak kiralah kita ideologi apapun yang penting kenalah bersatu, macam kita main futsal malam ni gak. Lepas ni kalau boleh kita jemputlah aspirasi ajak ‘friendly’(sambil berseloroh), baru boleh rapatkan ukhwah antara kita walaupun berbeza pendapat, tapi kita tetap hamba Allah kan

Pemenang akan membawa pulang hadiah berupa hamper pada minggu hadapan ketika final pertandingan tersebut. Pertandingan futsal GMFPI telah tamat pada jam 12.10am.

Saturday, January 9, 2010

GM-FPI menyertai GMUKM bertemu masyarakat kampus

Bangi, 8 Jan- Gabungan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (GM-FPI) menyertai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) turum bertemu masyarakat kampus. Bermual awal bersama memeriahkan program "Gotong-royong Memasak Bubur Sugho"@Asyura yang dianjurkan oleh persatuan anak negeri Kelantan iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Naim (PERDANA) semalam.


Bubur asura ini berjaya siap di masak pada pukul 3.30 petang kemudian agihan kepada mahasiswa mahasiswi yang hadir pada petang itu bermula selepas Asar. Bubur Asyura juga diagihkan kepada warga UKM yang berada dalam kesesakan, memandu di hadapan masjid. Keriangan jelas kelihatan pada wajah-wajah yang menerima bungkusan berisi bubur Asyura itu.



Sepanjang hari tersebut, beberapa siri bertemu masyarakat kampus turut diadakan dibeberapa kawasan lain terutamanya dikawasan pusanika. Di Pusanika GMUKM mengadakan pelancaran barangan GMUKM bertempat di bangunan pusanika. GM-FPI merupakan badan persatuan dibawah GMUKM bersama membantu GMUKM mempormasi beberapa barangan GMUKM semperna pelancaran tersebut.

Pada pukul 6.00 petang GM-FPI turut bersama dengan GMUKM telah berhimpun di parking motor di hadapan FPI. Perhimpunan ini bertujuanmenyahut seruan dan saranan daripada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengadakan sudut pidato atau 'speaker corner'.



Perhimpunan ini disertai oleh lebih 60 orang dikalangan penyokong GMUKM. Sudut pidato ini diadakan untuk meluahkan pendapat atau pandangan mengenai isu yang hangat diperkatakan warga UKM kini iaitu mengenai pilihan raya kampus yang akan diadakan dalam masa terdekat. Malamnya, duta GM-FPI saudara Nik Shafie bin Raja daud telah dijemput member I pengisian di Kolej Ibu Zain bersempena Program Bacaan Yasin Sempena Awal Semester. Selepas membaca yasin dan solat hajat, saudara NIk Shafie memberi sedikit pengisian.



Tajuk pengisian yang berbentuk tazkirah ini ialah "hijrah". Banyak input tentang hijrah Rasulullah s.a.w telah disampai, terutama penekanan dari aspek strategi yang dilakukan oleh baginda. Selepas majlis ini selesai, pihak GM-FPI telah bertemu saudara NIk Shafie, beliau telah memberi kesimpulan dari apa yang telah disampaikan:



“Hijrah merupakan mekanisma penting untuk perkembangan dakwah Islam itu khususnya dan masyarakat yang lebih baik umumnya. Pengajaran dari peristiwa ini, hijrah kearah kebaikan merupakan sesuatu yang mesti bukanlah sesuatu pilihan, justeru untuk memastikan hak kebajikan masyarakat kampus terjamin perlulah melakukan perubahan, ini merupakan penghijrahan yang menjadi kemestian.”



Bersatu Memimpin Perubahan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails