28 November 2013 : JPP :
Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis
Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab
Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan
Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan
berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.
Perjumpaan ini
merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI
yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam
dalam menyelesaikan masalah ini.
Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah
berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan
Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu,
saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera
kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan
keselamatan mereka.
Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya
Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan
Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan
terutamanya apabila hujan.
Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat
satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP.
Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar
suara kami.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.
Yang Berkhidmat,
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014
Friday, November 29, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Perbincangan mengenai isu-isu kebajikan pelajar FPI
26
November 2013 : FPI - Satu pertemuan saya bersama Ketua Penolong Pendaftar
Fakulti Pengajian Islam Encik Saidi Ismail bagi membincangkan isu-isu
kebajikan pelajar FPI. Pada 31 Oktober yang lepas, saya dan MPP
Umum daripada FPI telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan
beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya
telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang
menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk
mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang
dibincangkan sebelum ini.
Alhamdulillah hasil perjumpaan sebentar tadi, saya mendapat beberapa respon yang positif daripada beliau. Berkenaan laluan parking motosikal, insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang sebelum ini, namun ada sedikit perubahan. Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar FPI. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada consultant daripada JPP. Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.
Selain itu, saya juga telah membuat sedikit perbincangan berkenaan masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu masih berlaku pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.
Pada perbincangan kali ini, saya juga
memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar
FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah
saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran
universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.

Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai. Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon daripada pihak sana. Memandangkan isu wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya diperingkat MPP insyAllah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah WIFI di FPI.
Pada perbincangan kali ini, saya juga
memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar
FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah
saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran
universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.
Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
Thursday, November 14, 2013
Majlis Makan Malam GMFPI
Bismillah, segala puji bagi pencipta alam di atas nikmat dan kekuatan yang masih diberikan. Alhamdulillah pada 13/11 sebelah malam GM FPI telah berjaya mengadakan satu jamuan makan malam bersama mahasiswa/i FPI. Hal ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada warga mahasiswa/i FPI yang telah memilih mereka sebagai MPP sesi ini. Selain itu, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan Qasidah dari team FPI yang mana turut memberi kerjasama dalam majlis ini. Sedikit kata-kata penghargaan dari pimpinan GM FPI dan umum 3/4 . Akhir sekali terima kasih diucapkan diatas kesudian mahasiswa/i untuk hadir ke majlis GM FPI. Semoga hubungan kita kekal utuh dan padu.
Teruskan sokongan kalian terhadap kami.
Suara Anda,Suara Kami,
Kebajikan anda,Tanggungjawab kami,
Tanggungjawab anda sudah terlaksana.
kini tiba masa kami melaksanakan Tanggungjawab kami.
~Moving Foward
Saturday, October 19, 2013
Penamaan Calon PRK 2013/2014
Bismillah,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad saw pencinta umat yang rela berkorban. Setinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini 18/10/2013 selesai penamaan calon untuk PRK sesi 2013/2014. Malah ianya berjalan lancar antara dua pihak iaitu GM dan ASPIRASI serta tiada bantahan semasa penamaan tersebut dan ini menandakan calon-calon berjaya untuk bertanding.
Diharapkan sesi buang pengundian nanti berjalan lancar dengan izinNya.
#movingfoward
#berGM lebih baik

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
#movingfoward
#berGM lebih baik
Thursday, March 14, 2013
PERPUSTAKAAN FPI : Antara konflik dan penyelesaianny
Sebagaimana yang kita telah maklum, Perpustakaan FPI memberikan kemudahan kepada mahasiswa-mahasiswa untuk menambah rujukan dalam kajian ilmiah khususnya kepada pelajar degree mahupun postgraduate khususnya, serta pelajar luar UKM.
Namun, ada isu yang perlu diselesaikan disebaliknya. Antara isu-isu yang sering
timbul adalah kekurangan kakitangan, kekurangan extention dan jubin
mengelembung. Saudara Mohd Khamis bin Mohd sani, telah bertemu dengan pihak
pengurusan dari kedekanan, bagi mendapatkan penjelsan dan penyelesaian bagi
permasalahan ini.
Antara isu yang sering dibangkitkan adalah kekurangan staf di perpustakaan yang
menyebabkan perpustakaan sentiasa ditutup. Namun demikian, kini dengan adanya
pelajar membuat latihan amali di perpustakaan masalah itu tidak timbul lagi.
Akan tetapi, penyelesaian ini tidak bersifat jangka panjang kerana pelajar yang
membuat Latihan Amali hanya berada di FPI pada semester yang kedua sahaja
setiap tahun. Saudara Muhamad Khamis Mohd Sani telah berjumpa dengan En. Talib
Samad , Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Dekan FPI bagi mendapatkan penjelsan
terhadap isu tersebut. Beliau berkata, Kihak kedekanan sudah membuat permohonan
kepada pihak Universiti tetapi mendapat respon yg kurang memberangsangkan.
Pihak universiti mengatakan bahawa bilangan staf di Perpustaakan FPI sudah
memadai. Persoalannya, adakah seorang pekerja sudah memadai?
Walhal masih
ada kerja-kerja lain yang perlu diuruskan antaranya ke kursus yang ditetapkan,
kemas kini perpustakaan dan lain-lain. Untuk makluman Perpustakaan FPI sedang
membangunkan satu portal iaitu Portal e-mind. Dimana portal tersebut akan
memudahkan pelanggan mencari bahan-bahan tesis di perpustakaan terbabit. Rujuk
: http://spdukm.ukm.my/fpi/kik/piem/default.aspx
Berkaitan
dengan permasalahan terbabit, MPP GMPI Saudara Mohd Khamis akan menulis
surat kepada pihak pengurusan Fakulti Pengajian Islam dengan sokongan Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mewakili suara mahasiswa. Ini membuktikan MPP
GMFPI komited ingin menyelesaikan masalah terbabit.
Bagi
permasalahan kekurangan extention dan jubin mengelembung di perpustaakan FPI,
Saudara Mohd Khamis akan mengambil gambar seterusnya membuat surat kepada
Kedekanan agar ada pertambahan extention di beberapa tempat di perpustakaan
tersebut.
Selain daripada
itu, Saudara Mohd Khamis mencadangkan kepada JPP agar perputakaan di FPI
ditukarkan ke aras 1, bagi memudahkan pelajar-pelajar datang membuat rujukan.
Hal ini kerana, struktur bangunan di FPI sebenarnya tidak sesuai untuk
menampung berat buku di tingkat 5. Surat cadangan akan diberikan kepada pihak
fakulti samaada cadangan ini diterima atau ditolak.
Subscribe to:
Posts (Atom)