Tuesday, February 24, 2015

11 Febuari 2015

[Paip bocor lagi]
Sebentar tadi kira- kira jam 1 pagi MPP Zaki Shukor telah membuat laporan kepada pihak wisma aman disebabkan terdapat paip bocor di Dectar sebentar tadi. MPP Usamah Kamarudin II dan MPP Izzul Islam telah pergi sendiri ke tempat kejadian. Untuk makluman,Pihak JPP sedang mengambil tindakan untuk membaik pulih masalah tersebut .
Untuk pengetahuan semua,kebocoron paip ini tidak akan memberi kesan kepada kolej yang berhampiran.

MEMPERKASA MAHASISWA MENERAJU VARSITI
HAFIZ ISMAIL
Biro Kebajikan dan Prasarana
PMUKM

Thursday, April 17, 2014

Masalah Kecurian di sudut ekoniaga FPI

16 April 2014 - Satu pertemuan telah dilakukan oleh saya selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam.

Pertemuan ini diadadakan adalah bertujuan untuk membincangkan satu langkah penyelesaian yang efektif bagi menangani masalah kecurian yang sering berlaku di sudut ekoniaga FPI.

Alhamdulillah pertemuan yang telah dilakukan mendapat respon yang positif daripada pihak beliau bagi menangani masalah ini. Insyallah saya selaku MPP FPI akan berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada exco ekonomi kelab jabatan bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam masalah ini.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



Friday, November 29, 2013

Pertemuan antara MPP FPI dengan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM

28 November 2013 : JPP :
 Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.

 Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini. Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka. 

 Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan. Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP. 

 Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami. 

Suara Anda, Suara Kami, 
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami. 

Yang Berkhidmat, 
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan 
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014


Wednesday, November 27, 2013

Perbincangan mengenai isu-isu kebajikan pelajar FPI

26 November 2013 : FPI - Satu pertemuan saya bersama Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam Encik Saidi Ismail bagi membincangkan isu-isu kebajikan pelajar FPI.  Pada 31 Oktober yang lepas, saya dan MPP Umum daripada FPI telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang dibincangkan sebelum ini. 

 Alhamdulillah hasil perjumpaan sebentar tadi, saya mendapat beberapa respon yang positif daripada beliau. Berkenaan laluan parking motosikal, insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang sebelum ini, namun ada sedikit perubahan. Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar FPI. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada consultant daripada JPP. Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.

 Selain itu, saya juga telah membuat sedikit perbincangan berkenaan masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu masih berlaku pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.
  Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai. Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon daripada pihak sana. Memandangkan isu wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya diperingkat MPP insyAllah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah WIFI di FPI.
 Pada perbincangan kali ini, saya juga memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
 

Thursday, November 14, 2013

Majlis Makan Malam GMFPI


Bismillah, segala puji bagi pencipta alam di atas nikmat dan kekuatan yang masih diberikan. Alhamdulillah pada 13/11 sebelah malam GM FPI telah berjaya mengadakan satu jamuan makan malam bersama mahasiswa/i FPI. Hal ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada warga mahasiswa/i FPI yang telah memilih mereka sebagai MPP sesi ini. Selain itu, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan Qasidah dari team FPI yang mana turut memberi kerjasama dalam majlis ini. Sedikit kata-kata penghargaan dari pimpinan GM FPI dan umum 3/4 . Akhir sekali terima kasih diucapkan diatas kesudian mahasiswa/i untuk hadir ke majlis GM FPI. Semoga hubungan kita kekal utuh dan padu.

Teruskan sokongan kalian terhadap kami.

Suara Anda,Suara Kami,
Kebajikan anda,Tanggungjawab kami,
Tanggungjawab anda sudah terlaksana.
kini tiba masa kami melaksanakan Tanggungjawab kami.

~Moving Foward


Saturday, October 19, 2013

Penamaan Calon PRK 2013/2014

Bismillah,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad saw pencinta umat yang rela berkorban. Setinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini 18/10/2013 selesai penamaan calon untuk PRK sesi 2013/2014. Malah ianya berjalan lancar antara dua pihak iaitu GM dan ASPIRASI serta tiada bantahan semasa penamaan tersebut dan ini menandakan calon-calon berjaya untuk bertanding.







Diharapkan sesi buang pengundian nanti berjalan lancar dengan izinNya.

 "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

#movingfoward 
#berGM lebih baik

Thursday, March 14, 2013

PERPUSTAKAAN FPI : Antara konflik dan penyelesaianny


Sebagaimana yang kita telah maklum, Perpustakaan FPI memberikan kemudahan kepada mahasiswa-mahasiswa untuk menambah rujukan dalam kajian ilmiah khususnya kepada pelajar degree mahupun postgraduate  khususnya, serta pelajar luar UKM.
            Namun, ada isu yang perlu diselesaikan disebaliknya. Antara isu-isu yang sering timbul adalah kekurangan kakitangan, kekurangan extention dan jubin mengelembung. Saudara Mohd Khamis bin Mohd sani, telah bertemu dengan pihak pengurusan dari kedekanan, bagi mendapatkan penjelsan dan penyelesaian bagi permasalahan ini.
          Antara isu yang sering dibangkitkan adalah kekurangan staf di perpustakaan yang menyebabkan perpustakaan sentiasa ditutup. Namun demikian, kini dengan adanya pelajar membuat latihan amali di perpustakaan masalah itu tidak timbul lagi. Akan tetapi, penyelesaian ini tidak bersifat jangka panjang kerana pelajar yang membuat Latihan Amali hanya berada di FPI pada semester yang kedua sahaja setiap tahun. Saudara Muhamad Khamis Mohd Sani telah berjumpa dengan En. Talib Samad , Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Dekan FPI bagi mendapatkan penjelsan terhadap isu tersebut. Beliau berkata, Kihak kedekanan sudah membuat permohonan kepada pihak Universiti tetapi mendapat respon yg kurang memberangsangkan. Pihak universiti mengatakan bahawa bilangan staf di Perpustaakan FPI sudah memadai. Persoalannya, adakah seorang pekerja sudah memadai?
Walhal masih ada kerja-kerja lain yang perlu diuruskan antaranya ke kursus yang ditetapkan, kemas kini perpustakaan dan lain-lain. Untuk makluman Perpustakaan FPI sedang membangunkan satu portal iaitu Portal e-mind. Dimana portal tersebut akan memudahkan pelanggan mencari bahan-bahan tesis di perpustakaan terbabit. Rujuk : http://spdukm.ukm.my/fpi/kik/piem/default.aspx
Berkaitan dengan permasalahan terbabit, MPP GMPI Saudara Mohd Khamis akan  menulis surat kepada pihak pengurusan Fakulti Pengajian Islam dengan sokongan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mewakili suara mahasiswa. Ini membuktikan MPP GMFPI komited ingin menyelesaikan masalah terbabit.
            Bagi permasalahan kekurangan extention dan jubin mengelembung di perpustaakan FPI, Saudara Mohd Khamis akan mengambil gambar seterusnya membuat surat kepada Kedekanan agar ada pertambahan extention di beberapa tempat di perpustakaan tersebut. 
Selain daripada itu, Saudara Mohd Khamis mencadangkan kepada JPP agar perputakaan di FPI ditukarkan ke aras 1, bagi memudahkan pelajar-pelajar datang membuat rujukan. Hal ini kerana, struktur bangunan di FPI sebenarnya tidak sesuai untuk menampung berat buku di tingkat 5. Surat cadangan akan diberikan kepada pihak fakulti samaada cadangan ini diterima atau ditolak.

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails