Sunday, September 13, 2009

Sejarah Penubuhan Fakulti Pengajian Islam

Sejarah Penubuhan Fakulti Pengajian Islam


FAKULTI Pengajian Islam (FPI) telah ditubuhkan pada 18hb Mei 1970 bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Asas penubuhannya bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya Klang pada tahun 1955 atas hasrat umat Islam supaya institusi pengajian tinggi Islam diwujudkan di tanah air.

Pada tahun 1968, Kementerian Pendidikan telah bersetuju menaikkan taraf Kolej Islam Malaya ke taraf universiti kolej. Apabila Univiersiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan Kolej Islam telah diserapkan di bawah UKM sebagai salah sebuah fakulti, bersama dua fakulti lain pada waktu itu iaitu Fakulti Sains dan Fakulti Sastera. Fakulti Pengajian Islam merupakan institusi pengajian tinggi Islam yang tertua di Malaysia yang kelulusannya bertaraf universiti, seperti kelulusan fakulti-fakulti atau universiti lain.


Bangunan Fakulti Pengajian Islam di awal pembinaannya


Bangunan Fakulti Pengajian Islam yang telah siap dibina

Pada masa ini Fakulti Pengajian Islam mempunyai lima buah jabatan iaitu:

  • Jabatan Syariah

  • Jabatan Usuluddin dan Falsafah

  • Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

  • Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

  • Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah


Sebilangan kakitangan Fakulti Pengajian
Islam pada tahun-tahun 70-an


Pendaftaran pelajar baru Fakulti Pengajian Islam

Fakulti Pengajian Islam menawarkan program pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam dan program pengajian Siswazah iaitu meliputi Program Diploma Siswazah, Program Sarjana dan Program Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang pengajian Islam.


Pelajar-pelajar sedang mengikuti kuliah.


Taklimat Fakulti kepada pelajar-pelajar baru.

Wednesday, September 9, 2009

Ahlan Wasalam

Salam Ramadhan dan salam ukhwah
Alhamdulillah, blog yang memaparkan politik FPI kini muncul.
Pelbagai info berkenaan politik dan fenomena di FPI akan dipaparkan disini.
Moga blog ini dapat membantu untuk memberi kefahaman dan maklumat kepada sahabat.
syukran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails