Thursday, December 31, 2009

ISU YURAN : BERITA BAIK BUAT MAHASISWA UKM

Assalamualaikum,

Sebentar tadi saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM dan rakan-rakan pimpinan Persatuan Mahasiswa Sains Politik bersama rakan-rakan mahasiswa Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK) menemui Bendahari UKM untuk berbincang isu yuran mahasiswa UKM. Terkejut apabila ramai pegawai keselamatan "meraikan" kehadiran saya dan rakan-rakan. "Biasalah, kalau nak perjuangkan isu mahasiswa, ramai akan "menjaga" keselamatan kita," saya katakan kepada rakan-rakan saya tadi.

Saya (berbaju merah di tengah) bersama pimpinan dan rakan-rakan dari Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan yang turut memberi sokongan.

Kehadiran kami "disambut" hebat oleh berpuluh-puluh pegawai keselamatan yang menati dari pelbagai posisi. "Ada bawa garam? Takut kena gas nanti," Haris sempat bergurau sambil disambut tawa riang dari sahabat-sahabat lain. Mana tidaknya, hendak naik lif pun pegawai keselamatan iring. Itulah nasib saya dan rakan-rakan aktivis mahasiswa di UKM. Selalu diambil perhatian. Gambar diambil, video dirakam dan sebagainya. Yang pasti, kami bukan ingin membuat demontrasi di situ. Secara jujurnya, saya dan rakan-rakan gembira kerana kehadiran kami diraikan dan diberi perhatian. Terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Pegawai keselamatan yang turut bersama di pejabat Jabatan Bendahari bersama kamera yang mungkin sudah muak mengambil gambar kami.

ALhamdulillah, saya bersama rakan saya saudara Taufik dan Hilman yang mewakili pimpinan Persatuan Mahasiswa Sains Politik dapat bertemu dan berbincang dengan Bendahari UKM. Antara yang dibincangkan tadi adalah isu sistem pakej baru dalam yuran pengajian dan isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00. Perbincangan tadi telah menghasilkan beberapa keputusan positif kepada mahasiswa.

1 : Isu pakej baru yuran yang menyebabkan pelajar lama terpaksa membayar yuran lebih walaupun jumlah jam kredit yang diambil adalah sedikit.

Respon Bendahari : Bayaran yuran bagi pelajar lama kembali mengikut sistem lama iaitu mengikut bilangan jam kredit yang diambil. Sekiranya ada di kalangan mahasiswa yang telah membayar lebihan yuran kerana pakej baru, bayaran tersebut akan ditolak kembali pada semester hadapan. Bagi mahasiswa baru, pakej baru diteruskan kerana lebih menguntungkan berbanding sistem lama kerana jumlah jam kredit yang bertambah.

2 : Isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00

Saya berpandangan, mereka yang tidak membuat pendaftaran awal bukan kesemuanya kerana kelalaian tetapi benar-benar menghadapi masalah kewangan (termasuk saya sebenarnya). Justeru, jika mereka tidak dibenarkan mendaftar dan ditahan pinjaman PTPTN saya rasa tidak sepatutnya.

Setelah berbincang, Bendahari bersetuju untuk menghantar surat kepada Bahagian Akademik yang membolehkan semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal. Jadi, insyaAllah dalam masa terdekat semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal kursus semester depan. Itu jaminan Bendahari.

Pesanan kepada rakan-rakan mahasiswa, untuk mendaftar kursus setelah peluang ini dibuka. Sekiranya masih berlaku permasalahan, mohon disampaikan kepada saya di zunnun_almisri03@yahoo.com atau rakan-rakan MPP Mahasiswa yang lain.

* Saya bersimpati kepada pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengikut dan memantau saya dan rakan-rakan aktivis. Bagi kami, tidak ada apa yang dirisaukan. Cuma kepada pihak-pihak bertanggungjawab, simpatilah kepada pegawai-pegawai keselamatan yang masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

* Terima kasih kepada sahabat saya, Jumran yang mengingatkan saya isu ini tadi dan Sakinah yang tolong mencetak pekeliling daripada pihak akademik untuk dibawa bersama dalam perjumpaan tadi sebagai bahan bukti.

Sekian, terima kasih. Wassalam...

MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

KOMPETENSI GENERIK SENJATA BARU MENAKUTKAN MAHASISWA

Berlalu sudah minggu orentasi mahasiswa/i untuk sesi kali ini yang berlangsung selama seminggu. Jika ditanya kepada mahasiswa/i baru sesi kali ini tentang pendekatan yang digunakan oleh PMUKM dalam membentu mahasiswa minda kelas pertama, rata-rata antara mereka mengatakan tidak ubah seperti apa yang mereka lalui semasa disekolah .

Gamaran yang diberikan oleh mereka jelas menunjukkan mereka sudah bosan dengan pendekatan yang diterapkan didalam minggu orentasi tersebut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan menunjukkan cara berfikir pihak yang menjalankan program tersebut berakal pendek.

Lahir sindrom baru bagi mahasiswa /i yang ketakutan tanpa alasan untuk sesi kali ini dek kerana bercampuran penerapan yang disajikan kepada mereka. Pelbagai penerapan yang tidak jelas sehingga hari ini dimainkan bagi menggertak mahasiswa/i baru berada dalam keadaan kesamaran atau sindrom ketakutan berpesatuan.

Sekarang berlangsung minggu pendaftaran persatuan, kajian dilakukan rata-rata pendaftaran persatuan untuk sesi kali ini merosot dan tidak mendapat sambutan. Ini adalah kesan penerapan pemikiran mahasiswa/i didalam minggu mesra pelajar yang sudah berlalu selama 2 minggu.

Pokoknya, apakah releven penerapan yang dijalankan oleh abg-abg dan kakak-kakak fasi semasa minggu orentasi tersebut. Mahasiswa/i digambarkan seolah-olah jika mereka melibatkan diri didalam aktiviti berpesatuan mereka memperolehi merit yang rendah berbanding dengan merit yang diperolehi jika melibatkan diri diperingkat kolej.

Ternyata budaya kekolejan cuba diterapkan didada mahasiswa/i supaya mereka senang memperkotak katikkan mahasiswa/i baru yang kurang mengenali kehidupan dikampus. Sekarang ini mereka juga cuba memainkan isu kompetensi generic kepada mahasiswa/i baru dengan mengatakan peratus merit yang diberikan dikolej lebih tinggi sebanyak 51% berbanding dengan persatuan-persatuan lain.

Kita ingin menyatakan, penerapan ini salah dan bercanggah dengan falsafah universiti sendiri. Mana mungkin mahasiswa/i yang melibatkan diri diperingkat kolej sahaja dapat mencapai matlamat 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita sendiri. Ternyata jika kita melibatkan diri diperingkat kolej sahaja budaya kekita akan menebal sesame kita dan rakan-rakan dikolej dan seterusnya membantutkan matlamat 1 Mahasiswa dikecapi bersama.

Sebenarnya apa yang cuba diterapakan kepada mereka ini adalah menjadi kepentingan politik puak aspirasi untuk prk akan datang, mereka tahu undi adik-adik 1 year ini sahajalah yang boleh memenangkan calon2 mereka dalam prk sebelum ini dan akan datang.

Pesanan kepada akh sarfa, cukup-cukup lah memperbodohkan adik-adik 1 year yang baru setahun jagung semata-mata untuk mencapai cite-cita murni kami sebagai Tuan Presiden akan datang, bagi mencapai matlamat peribadi sehingga sanggup memandulkan mahasiswa/i harapan baru masa hadapan.

Pelbagai kepincangan dilihat pada sistem penilaian kompetensi generik ini, persoalan yang harus dijelaskan seperti skala penilaian yang digunakan masih diragui, penilai-penilai juga bukan dikalangan orang yang dekat dengan mahasiswa,
lantas perkara ini harus diteliti semula, bukan sekadar melepaskan beban kepada mahasiswa untuk memahami perkara yang masih kabur.

sumber

Friday, October 9, 2009

Sokong Kempen bi’ah solehah dan ihya’ sunnah

Dalam bulan ramadhan yang lalu, PMFPI telah mengadakan kempen bi’ah solehah dan kempen ihya’ sunnah disekitar kampus utama UKM. Pihak GMFPI menyokong penuh, usaha yang dilakukan bagi mewujudkan suasana bi’ah solehah di fakulti Pengajian Islam disamping menghidupkan semula Rasulullah s.a.w.


Kempen bertujuan untuk melahirkan Suasana penghayatan Islam dikalangan warga Fakulti PEngajian Islam. Suasana yang melahirkan warga yang menyuruh kepada yang makruf dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.aw.t dan rasulullah. Sebagai Fakulti yang melahirkan ilmuwan dalam bidang agama sewajarnya penerapan cara hidup seperti ini dibumukan oleh warga FPI.


GMFPI mengharapkan kempen ini Berjaya mencapai objektif dan kempen ini berterusan dijalankan bukan sahaja di Fakulti Pengajian Islam, malahan disebarkan ke Fakulti-fakulti lain.

Tahniah Dekan Fakulti Pengajian Islam

Baru-baru ini, Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah melalui satu peristiwa besar, iaitu pertukaran dekan Fakulti Pengajian Islam. Prof Zakaria bin Stapa telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Prof Mohd Nasran bin Mohamad.


Pihak GMFPI mengucapkan tahniah kepada Prof Nasran atas pelantikan tersebut. Kami mengharapkan kerjasama yang baik daripada pihak kedekanan bagi memudahkan agenda yang dilaksanakan oelh MPP fakulti pengajian Islam. Moga pelantikan ini dapat memeberi ruang yang luas untuk pihak MPP menjalankan kebajikan untuk mahasiswa fakulti Pengajian Islam

Pihak GMFPI jugak, mengucapkan terima kasih kepada bekas dekan FPI atas kerjasama yang diberi kepada pihak MPP dalam menjalankan tugas.

GM-FPI SUDAH BERSEDIA

3 OKTOBER, AHAD- Gedang pilihanraya kampus (PRK) sedang rancak berbunyi, beberapa university sekitar Negara telah mula mengadakan pilihanraya kampus. Gedang pilihanraya kampusa juga mula kedengar disekitar Lembah kelang. oleh itu GMFPI (Gabungan Mahasiswa fakulti Pengajian Islam) telah mengadakan rehlah dan senaman di tasik sebelah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Seni Bina. Rehlah ini disertai oleh beberapa penyokong GMFPI .


Aktiviti yang bermula pada pukul 7.30 pagi dimulai dengan sedikit riadah sesame penyokong. Kemudian diadakan sedikit jamuan hari raya untuk penyokong GMFPI. Menurut bekas calon umum saudara Shafiq Abdul Aziz “Tujuan GMFPI mengadakan rehlah ini bertujuan untuk mengambarkan kesediaan kami untuk menghadapi PRK bila-bila masa. Kami akan mempertahankan kerusi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) di FPI sendiri.


Walaupun suasana peperiksaan makin terasa, namun GMFPI sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. GMFPI akan terus mengutamakan memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan akan turun mendekati mahasiswa walaupun terdapat tekanan oleh pihak tertentu-wartawan GMFPI.

Sunday, October 4, 2009

HEDONISME MERENDAHKAN MARTABAT MAHASISWA


Salam sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kepujian kita rafa’kan kepada Rabbul Jalil selaku Tuan punya dunia kerana limpah InayahNya masih lagi kita diberi peluang menghembuskan nafas dimuka bumi Allah sekaligus diberikan nikmat Iman jua Islam secara percuma dan ‘cash’. Selawat serta salam Khususan ila nabi Muhammad saw. Hedonisme merupakan satu budaya hiburan yang melampau. Budaya ini juga semakin melampau dan meresapi di dalam dunia kampus sekaligus telah mencemar dan merendahkan martabat mahasiswa. Pada peringkat awalnya hedonisme ini dijadikan budaya ‘rasmi’ oleh majoriti remaja kini yang inginkan keseronokan dunia semata-mata. Munculnya gejala hedonisme ke Malaysia adalah dari Barat menerusi media massa yang banyak memaparkan berita dan program-program realiti barat. ini bermaksud, hedonisme bukanlah budaya kita tetapi kenapa ada sesetengah golongan yang mengaku memperjuangkan agama, bangsa dan bahasa tetapi senyap seribu bahasa, diam membuta tuli berdengkur mati dengan gejala ini yang kian meruncing.


Bahaya Hedonisme



Jika kita lihat antara salah satu faktor berleluasanya zina adalah hiburan yang melampau dan keterlaluan. Rasulullah mengingatkan kepada semua umat Islam supaya mengelakkan zina kerana dikhuatiri Allah akan menurunkan bala kepada orang yang melakukan zina dan masyarakat sekelilingnya. Adakah kita lupa dan tidak pernah mengambil pengajaran apa yang telah berlaku peristiwa-peristiwa umat terdahulu..??



Peringatan buat sahabat-sahabatku yang bergelar mahasiswa,



Sepertimana yang kita sedia maklum mutakhir ini, isu hedonisme kian meruncing dan parah dikalangan mahasiswa khususnya. Walaupun telah banyak pendedahan demi pendedahan tentang hedonisme dan keburukan serta bahayanya budaya ini. Tanpa disedari budaya hedonisme ini memegang kepada pandangan Epikuris yang menyatakan: “Bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu kerana esok engkau akan mati”. Di sini jelas membuktikan bahawa budaya ini hanya menganggap kesenangan dan kelazatan metarial adalah tujuan utama hidup. Namun, adakah setelah mengetahui tentang tujuan sebenar hedonisme ini mahasiswa akan berubah?

Mahasiswa merupakan golongan intelektual yang dipandang tinggi oleh masyarakat satu ketika dahulu. Namun, mahasiswa kini tiada beza dengan golongan yang tidak ada panduan hidup dan menjadikan hiburan dan maksiat sebagai tujuan utama dalam kehidupan. Hal ini telah jelas terbukti bilamana mahasiswa terkinja-kinja, bersorak, menari, menyanyi dan sebagainya di temasya, fiesta, karnival kolej dan pesta konvokesyen yang dianjurkan oleh kolej-kolej kediaman di gedung VARSITI kita yang suci ini. Di sini kita dapat melihat mentaliti mahasiswa abad ini yang lebih banyak menjadi hamba abdi hedonisme sehingga sanggup menganjurkan pertandingan seperti “BATTLE OF THE BAND”, “BATTLE OF THE SEXES” dan berbagai-bagai BATTLE yang jelas meruntuhkan aqidah umat Islam khususnya warga kampus.


Rasulullah pernah bersabda, bahawa di akhir zaman golongan yang disanjung bukan lagi para ulama’ dan para ilmuan akan tetapi golongan bawahan seperti pelacur dan penghibur. Sudah terbukti bukan?? Sedarilah, mahasiswa adalah aset negara dan bakal memimpin, menerajui dan mencorakkan sistem pemerintahan Malaysia pada masa hadapan. Inginkah kita memiliki Perdana Menteri dan Kabinet-Kabinet Menteri yang terdiri daripada mereka kurang softskill dan berbakat dalam kepimpinan namun boleh menyanyi dan membuat persembahan dengan baik. Fikir-fikirkanlah sahabat.. ayuh segera insaf dan bertaubat. Wallahu a’lam...

Hasil Nukilan Shafiq Aziz (http://tukjanggutt.blogspot.com/)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails