Friday, December 31, 2010

Himpunan lepasi sasaran - Pengerusi MAMPU


Himpunan Mahasiswa Islam tengahari tadi disifatkan berjaya oleh pihak penganjur, Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU). Presiden MAMPU, saudara Firdaus Azam ketika dihubungi memaklumkan, di peringkat beliau hanya menyasarkan kehadiran sekitar 100 orang tetapi jumlah yang hadir hari ini amat memberangsangkan.

" Biarpun kita mendapat 'lawatan' daripada Unit Keselamatan yang kelihatan sengaja membuat provokasi, tetapi hari ini mahasiswa Islam membuktikan bahawa kita tidak gentar dan takut dengan ancaman daripada mereka.

" Di samping itu, saya mewakili saf kepimpinan 'front' MAMPU pada hari ini merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan mahasiswa yang turun bersama kita pada pagi (tengahari) ini. Tujuan kita mengadakan himpunan pada hari ini untuk menyampaikan 'signal' kepada warga UKM bahawa kita sudah bersedia kembali mewarnai politik kampus bumi UKM ini.

" Kita juga dalam masa yang sama menyeru kepada rakan-rakan terutama yang beragama Islam untuk bermuhasabah dalam pada kita sedang melangkah dekad yang baru, iaitu menuju 2011 yang kita lihat serba mencabar dan menggugat terutama dalam isu-isu sosial dan integriti warga Malaysia," tambah beliau lagi.

MAMPU merupakan sebuah badan yang telah ditubuhkan menjelang sesi akademik 1986/87. MAMPU antara 'front' yang bersama-sama menggagaskan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) pada tanggal 22 Ogos 2005 bersama rakan-rakan mahasiswa daripada 'front' Malaysia Democratic Student & Youth Movement (DEMA), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI) dan lain-lain.




Selaku jurucakap dan duta ummah, MAMPU menginsafi bahawa kepimpinan sewajarnya berperanan membawa masyarakat yang dipimpinnya meraih keredhaan Allah SWT. Kuasa yang diperoleh bukan semata-mata atas dasar gilakan pangkat dan nama mahupun wang ringgit, tetapi MAMPU menginsafi bahawa setiap satu tanggungjawab itu adalah amanah yang akan disoal kembali di Akhirat kelak.

Sebagaimana di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda, “ Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin” (Riwayat Muslim)

Wednesday, December 22, 2010

selamat kembali..


Salam Maal Hijrah 1432 dan selamat kembali semula ke alam kampus kepada seluruh mahasiswa terutamanya kepada warga FPI.Moga-moga dengan bermulanya semester baru dan kedatangan tahun baru Hijrah ini akan menyuntik semangat dan daya juang yang berterusan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada kali ini.

Mewakili MPP Mahasisiwa keseluruhannya,kami dari pihak GM-FPI juga mengucapkan setinggi tahniah buat rakan-rakan yang telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir yang lepas dan diharap kejayaan rakan-rakan akan menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain untuk sama-sama mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Buat yang kurang bernasib baik,peluang untuk menebus kekecewaan masih ada dan berilitizamlah untuk meningkatkan usaha dan daya bagi memperoleh kejayaan pada semester kali ini dan masa akan datang.

Ber-GM lebih baik!

Friday, December 3, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011

makluman..

keputusan peperiksaan Semester I boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:UKM RESULT< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888 Semakan boleh dibuat mulai 10/12/2010. Slip keputusan peperiksaan ...rasmi boleh dipe...rolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20/12/2010.

semoga berjaya...berGM lebih baik!

Friday, October 22, 2010

BEBASKAN MAHASISWA DARIPADA PARTI POLITIK

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sentiasa menyokong penuh kebebasan mahasiswa berpolitik. Ini berasaskan Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan kebebasan warganegara bersuara dan berhimpun.

Namun seperti yang sedia maklum, isu penglibatan mahasiswa UKM daripada Skuad Palapes UKM dalam sebuah program anjuran parti politik baru-baru ini jelas bertentangan dengan Akta Univeriti & Kolej Universiti (AUKU) Seksyen 15 (5a) ; yang menyatakan bahawa ‘tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan , badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabah ditafisirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap –

(a) Mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia
(b) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.’

Justeru itu, jika disandarkan kepada akta tersebut, tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua siswa UKM tersebut memang telah melanggar akta ini. Ini kerana kedua-dua siswa ini memang secara jelas terbabit secara langsung dalam program tersebut.

Namun pada itu Gabungan Mahasiswa UKM mendapat maklumat awal kedua siswa ini telah mendapat arahan untuk berpartisipasi dalam program tersebut daripada pihak Palapes. Justeru itu, kita ingin mempersoalkan kepada pihak pentadbiran dan pengurusan PALAPES UKM;

> Siapakah yang mengarahkan kedua orang mahasiswa ini turun ?
> Bagaimanakah parti tersebut mudah berhubung dengan pihak UKM?
> Apakah wujud wakil parti politik tersebut dalam UKM?
> Apakah kaitan UKM dengan parti politik tersebut ?
> Dan lebih penting sekali, SIAPAKAH ORANG di belakang parti politik tersebut di kampus UKM?

Gabungan Mahasiswa UKM dalam pada itu bersimpati dengan nasib kedua siswa ini yang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan parti tersebut semata-mata. Kedua orang siswa tersebut tidak harus diarahkan ke program parti politik tersebut atas nama PALAPES kerana ia dilihat mencabuli disiplin ketenteraan itu sendiri yang bersifat non-partisan.

Justeru di sini GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa itu ada idealismenya tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik. GMUKM juga amat berharap kampus UKM akan bebas daripada cengkaman parti politik dan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul.

BEBASKAN UKM DARIPADA PARTI POLITIK!


Ber-GM Lebih Baik!

Sumber : GMUKM

Kronologi isu jadual peperiksaan Sem 1, Sesi 2010/2011

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini kembali dihangatkan dengan isu akademik dengan permasalahan mahasiswa -mahasiswi yang membantah jadual peperiksaan akhir yang dikatakan padat berikutan pekeliling yang dikeluarkan daripada Bahagian Pengurusan Akademik. Ini kerana penyusunan jadual yang begitu padat sehingga dimaklumkan bahawa terdapat sebahagian kecil mahasiswa yang terpaksa mengambil subjek sehingga 3 kertas sehari mendapat bantahan daripada mahasiswa UKM.

Sebelum ini, UKM turut dipanaskan apabila mahasiswa-mahasiswa UKM membantah ketiadaan Minggu Mengulangkaji (Study Week) yang digugurkan akibat kekangan cuti pada tahun ini. Pejabat TNC (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) pula dalam pekeliling yang dikeluarkannya pula beralasan jadual untuk tarikh-tarikh ini telah dikeluarkan kepada semua mahasiswa seawal 6 November 2009 dan pihak universiti ketika itu tidak menerima sebarang permohonan untuk diubah.

Berikut adalah kronologi permasalahan berlaku :

06 November 2009 - Kalendar Akademik bagi untuk sesi akademik 2010/2011 dikeluarkan.
06 Oktober 2010 - Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan & Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Semester 1, Sesi Akademik 2010/2011.
14 Oktober 2010 - Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar UKM bersama Majlis Pengurusan Pelajar (MPU) UKM. Isu cuti Deepavali dibangkitkan. Majlis bersetuju akan merombak jadual peperiksaan dengan jaminan tiada bebanan jadual peperiksaan terhadap mahasiswa.
19 Oktober 2010 - Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan & Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) yang baru dengan pindaan setelah berlaku perubahan tarikh peperiksaan berikutan UKM bercuti sempena Hari Deepavali pada 3-8hb November. Pertukaran jadual peperiksaan pada tarikh 3 dan 8hb adalah seperti berikut:

1. Peperiksaan 8/11/2010 pagi ditukarkan ke 30/10/2010 petang
2. Peperiksaan 8/11/2010 tengahari ditukarkan ke 26/10/2010 malam
3. Peperiksaan 8/11/2010 petang ditukarkan ke 27/10/2010 malam
4. Peperiksaan 3/11/2010 (pagi,tengahari,petang) ditukarkan ke 31/10/2010

Serentak dengan pengedaran KMJP yang baru, para mahasiswa UKM telah membantah secara beramai-ramai. Pertemuan semula MPP dengan TNC (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) juga gagal memberikan maklum balas yang positif. Cakap-cakap di fakulti juga memungkinkan ada perubahan-perubahan kecil terutama melibatkan mahasiswa yang terpaksa menghadapi tiga buah peperiksaan dalam satu hari.

Gabungan Mahasiswa UKM selaku 'front' yang mewakili mahasiswa UKM nyata terkesan dengan permasalahan yang berlaku di dalam kampus. Kita di peringkat Gabungan Mahasiswa dalam pada itu menasihatkan rakan-rakan mahasiswa akan menggunakan masa yang tinggal ini semaksium mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.



Ber-GM Lebih Baik!

Sumber : GMUKM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails