16 April 2014 - Satu pertemuan telah dilakukan oleh saya selaku
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ketua
Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam.
Pertemuan ini diadadakan adalah bertujuan untuk membincangkan satu langkah penyelesaian yang efektif bagi menangani masalah kecurian yang sering berlaku di sudut ekoniaga FPI.
Alhamdulillah pertemuan yang telah dilakukan mendapat respon yang
positif daripada pihak beliau bagi menangani masalah ini. Insyallah saya
selaku MPP FPI akan berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada exco
ekonomi kelab jabatan bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam
masalah ini.
Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014
Thursday, April 17, 2014
Friday, November 29, 2013
Pertemuan antara MPP FPI dengan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM
28 November 2013 : JPP :
Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.
Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini. Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka.
Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan. Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP.
Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.
Yang Berkhidmat,
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan

Wednesday, November 27, 2013
Perbincangan mengenai isu-isu kebajikan pelajar FPI
26
November 2013 : FPI - Satu pertemuan saya bersama Ketua Penolong Pendaftar
Fakulti Pengajian Islam Encik Saidi Ismail bagi membincangkan isu-isu
kebajikan pelajar FPI. Pada 31 Oktober yang lepas, saya dan MPP
Umum daripada FPI telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan
beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya
telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang
menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk
mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang
dibincangkan sebelum ini.
Alhamdulillah hasil perjumpaan sebentar tadi, saya mendapat beberapa respon yang positif daripada beliau. Berkenaan laluan parking motosikal, insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang sebelum ini, namun ada sedikit perubahan. Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar FPI. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada consultant daripada JPP. Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.
Selain itu, saya juga telah membuat sedikit perbincangan berkenaan masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu masih berlaku pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.
Pada perbincangan kali ini, saya juga
memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar
FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah
saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran
universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.

Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai. Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon daripada pihak sana. Memandangkan isu wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya diperingkat MPP insyAllah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah WIFI di FPI.
Pada perbincangan kali ini, saya juga
memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar
FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah
saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran
universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.
Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
Thursday, November 14, 2013
Majlis Makan Malam GMFPI
Bismillah, segala puji bagi pencipta alam di atas nikmat dan kekuatan yang masih diberikan. Alhamdulillah pada 13/11 sebelah malam GM FPI telah berjaya mengadakan satu jamuan makan malam bersama mahasiswa/i FPI. Hal ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada warga mahasiswa/i FPI yang telah memilih mereka sebagai MPP sesi ini. Selain itu, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan Qasidah dari team FPI yang mana turut memberi kerjasama dalam majlis ini. Sedikit kata-kata penghargaan dari pimpinan GM FPI dan umum 3/4 . Akhir sekali terima kasih diucapkan diatas kesudian mahasiswa/i untuk hadir ke majlis GM FPI. Semoga hubungan kita kekal utuh dan padu.

Teruskan sokongan kalian terhadap kami.
Suara Anda,Suara Kami,
Kebajikan anda,Tanggungjawab kami,
Tanggungjawab anda sudah terlaksana.
kini tiba masa kami melaksanakan Tanggungjawab kami.
~Moving Foward
Saturday, October 19, 2013
Penamaan Calon PRK 2013/2014
Bismillah,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad saw pencinta umat yang rela berkorban. Setinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini 18/10/2013 selesai penamaan calon untuk PRK sesi 2013/2014. Malah ianya berjalan lancar antara dua pihak iaitu GM dan ASPIRASI serta tiada bantahan semasa penamaan tersebut dan ini menandakan calon-calon berjaya untuk bertanding.
Diharapkan sesi buang pengundian nanti berjalan lancar dengan izinNya.
#movingfoward
#berGM lebih baik

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
#movingfoward
#berGM lebih baik
Thursday, March 14, 2013
PERPUSTAKAAN FPI : Antara konflik dan penyelesaianny
Sebagaimana yang kita telah maklum, Perpustakaan FPI memberikan kemudahan kepada mahasiswa-mahasiswa untuk menambah rujukan dalam kajian ilmiah khususnya kepada pelajar degree mahupun postgraduate khususnya, serta pelajar luar UKM.
Namun, ada isu yang perlu diselesaikan disebaliknya. Antara isu-isu yang sering
timbul adalah kekurangan kakitangan, kekurangan extention dan jubin
mengelembung. Saudara Mohd Khamis bin Mohd sani, telah bertemu dengan pihak
pengurusan dari kedekanan, bagi mendapatkan penjelsan dan penyelesaian bagi
permasalahan ini.
Antara isu yang sering dibangkitkan adalah kekurangan staf di perpustakaan yang
menyebabkan perpustakaan sentiasa ditutup. Namun demikian, kini dengan adanya
pelajar membuat latihan amali di perpustakaan masalah itu tidak timbul lagi.
Akan tetapi, penyelesaian ini tidak bersifat jangka panjang kerana pelajar yang
membuat Latihan Amali hanya berada di FPI pada semester yang kedua sahaja
setiap tahun. Saudara Muhamad Khamis Mohd Sani telah berjumpa dengan En. Talib
Samad , Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Dekan FPI bagi mendapatkan penjelsan
terhadap isu tersebut. Beliau berkata, Kihak kedekanan sudah membuat permohonan
kepada pihak Universiti tetapi mendapat respon yg kurang memberangsangkan.
Pihak universiti mengatakan bahawa bilangan staf di Perpustaakan FPI sudah
memadai. Persoalannya, adakah seorang pekerja sudah memadai?
Walhal masih
ada kerja-kerja lain yang perlu diuruskan antaranya ke kursus yang ditetapkan,
kemas kini perpustakaan dan lain-lain. Untuk makluman Perpustakaan FPI sedang
membangunkan satu portal iaitu Portal e-mind. Dimana portal tersebut akan
memudahkan pelanggan mencari bahan-bahan tesis di perpustakaan terbabit. Rujuk
: http://spdukm.ukm.my/fpi/kik/piem/default.aspx
Berkaitan
dengan permasalahan terbabit, MPP GMPI Saudara Mohd Khamis akan menulis
surat kepada pihak pengurusan Fakulti Pengajian Islam dengan sokongan Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mewakili suara mahasiswa. Ini membuktikan MPP
GMFPI komited ingin menyelesaikan masalah terbabit.
Bagi
permasalahan kekurangan extention dan jubin mengelembung di perpustaakan FPI,
Saudara Mohd Khamis akan mengambil gambar seterusnya membuat surat kepada
Kedekanan agar ada pertambahan extention di beberapa tempat di perpustakaan
tersebut.
Selain daripada
itu, Saudara Mohd Khamis mencadangkan kepada JPP agar perputakaan di FPI
ditukarkan ke aras 1, bagi memudahkan pelajar-pelajar datang membuat rujukan.
Hal ini kerana, struktur bangunan di FPI sebenarnya tidak sesuai untuk
menampung berat buku di tingkat 5. Surat cadangan akan diberikan kepada pihak
fakulti samaada cadangan ini diterima atau ditolak.
Friday, November 23, 2012
TERUS KOMITED MEMPERJUANGKAN SUARA MAHASISWA DI FPI
Dekan Bersama Mahasiswa
Pada hari Rabu 21 November 2012, satu perjumpaan telah diadakan antara dekan Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad bersama MPP Mohd Khamis bin Mohamad Sani dan YDP PMFPI Rasyid bin Ismail di pejabat dekan. Perjumpaan ini diadakn begi menyuarakan suara mahasiswa melalui MPP.

Dalam perjumpaan ini, YDP PMFPI Rasyid Ismail telah
membentangkan mengenai pembawakan biah
solehah di Fakulti Pengajian Islam. Beliau mengatakan walaupun pelajar-pelajar
mempelajari mengenai Islam itu sendiri, walaubagaimanapun terdapat juga
pelajar-pelajar yang memandang ringan dan tidak memahami biah solehah itu
secara mendalam, apatah lagi mahu mempraktikkannya dalam kehidupan
seharian. Seperti yang dilihat sekarang
mengenai pemakaian sama ada wanita mahupun lelaki yang semakin dipandang remeh
oleh pelajar. Begitu juga dengan akhlak pelajar dengan pensyarah, kawan-kawan
dan alam sekitar. Oleh yang demikian, biah solehah ini perlu diwujudkan di
Fakulti Pengajian Islam. Untuk melaksanakan biah solehah ini, 3 strategi akan
digunakan iaitu pembangunan fizikal, kempen dan sahifah biah solehah. Prof Dr.
Nasran menyambut baik biah solehah ini dan akan bersama-sama berusaha membantu
untuk menjayakannya.
Seterusnya MPP Ustaz Mohd Khamis mengutarakan
mengenai isu akademik iaitu mengenai Latihan Industri FPI(praktikal). Seperti
yang diketahui, pelajar FPI akan menjalani LI pada tahun 2 semester 4,
bukannnya pada tahun akhir pembelajaran. Hal ini menyebabkab kebolehpasaran
pelajar FPI Universiti Kebangsaan Malaysia adalah lebih kurang berbanding IPTA
lain di Malaysia. Lebih-lebih lagi, tempoh pengajian untuk FPI hanyalah selama
3 tahun. Untuk meningkatkan kebolehpasaran atau kualiti pelajar tersebut, MPP
mencadangkan supaya tempoh pengajian di naikkan lagi kepada 4 tahun dan Latihan
Industri akan dijalankan pada tahun akhir pengajian.
Selain daripada itu, turut dibincangkan mengenai
kemudahan-kemudahan di FPI misalnya kemudahan di Singgahan Ilmu, perpustakaan
dan sebagainya. MPP dan PMFPI akan berusaha untuk memberikan yang terbaik
kepada mahasiswa khususnya di Fakulti Pengajian Islam. Respon yang diterima
daripada dekan sangat memberangsangkan dimana beliau sangat mengalu-alukan
maklumat secara direct daripada pelajar. Solusi yang telah dipersetujui daripada perjumpaan ini, satu perjumpaan akan
diadakan oleh dekan bersama kepimpinan persatuan dan kelab-kelab di Fakulti
Pengajian Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)