Sunday, March 28, 2010

Bengkel Kerjaya '10



Bengkel Kerjaya '10
1 April 2010
8.00 pagi- 5.30 petang
BSS1 FPI
Yuran pendaftaran : RM 10
jamuan disediakan
Anjuran MPP Tahun 3 FPI dgn kerjesama PMFPI dan kelab Jabatan
Hubungi ; Ismail : 013-3006981Jamilah : 013-2016840Tengku : 013-2001524
Tempat terhad, terbuka kepada semua pelajar UKM diutamakan perlajar FPI tahun 3

Friday, March 26, 2010

Tahukah Anda? - Unit Kebajikan Pelajar (UKP)

Unit kebajikan Pelajar (UKP) adalah unit di bawah JPPEL yang menguruskan hal-hal kebajiakan mahasiswa secara umumnya, Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

1. Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar bagi kematian pelajar, kematian waris, kemasukan Wad dan Kes-kes khas (Bencana, Kecurian, Sakit Kronik)

Dokumen yang diperlukan:

• Surat pemohonan Pelajar
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Kad Matrik
• Laporan Polis } Kes Kecurian/ Bencana
• Surat Masuk/Keluar Hospital } Sakit Kronik
• Salinan Sijil Kematian Pelajar / Waris } Kes Kematian
• Salinan Sijil Premit Pengkebumian } Pelajar/waris


2. Pengurusan Jenazah Pelajara meninggal dunia di Kampus dan pengurusan penghantaran balik untuk pengebumian.


3. Skim insurans berkelompok pelajar bagi kes kemalangan/meninggal dunia

Dokuman yang diperlukan :
• Surat pemohonan pelajar
• Salinan kad pengenalan
• Salinan kad matrik
• Laporan polis
• Surat Masuk/keluar hiospital
• Laporan doktor (asal)
• Salinan sijil kematian pelajar
• Salinan sijik permit kematian

Maklumat lanjut, rujuk UKP di Parass 4 Pusanika atau hubungi : 03-892124368
http://pkukmweb.ukm.my/~jppel/


Hadapi masalah? MPP ada sedia membantu.

Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin : 013-6366450
Nik Ahmad Syafie b Raja Daud : 019-9092943

Muhammad Syafiq b Abdul Aziz : 012-7781046

@ Hubungi melalui : mppmahasiswa@gmail.com
http://pm-ukm.blogspot.com/

KAMI MAHASISWA PRIHATIN







Bangi, 25 Mac- MPP Mahasiswa mengambil inisiatif untuk turun ke akar umbi bagi membudayakan nilai murni dalam kalangan mahasiswa, bermula semalam di UKM Kampus KL. "SAYA MAHASISWA PRIHATIN" merupakan suatu bentuk seruan bagi memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan mahasiswa.

Seperti biasa, pendekatan 'turun padang' digunakan sebaiknya oleh MPP untuk mendekati mahasiswa/i UKM. Booklet yang mengandungi maklumat tentang Tabung Kebajikan Pelajar dan Audit MQA diedarkan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa. Borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar turut diedarkan dan reaksi yang diterima menunjukkan bahawa masih ramai mahasiswa yang tidak mengetahui kewujudan Tabung tersebut yang berperanan untuk meringankan beban mahasiswa yang kematian waris, kemasukan wad dan mengalami kes-kes tertentu (bencana, kecurian dan sakit kronik).

MPP Umum, Muhamad Faiz Ismail yang ditemui di UKM Kampus KL berkata, mahasiswa perlu menanamkan sikap prihatin kerana ianya semakin pudar dalam kalangan generasi muda.

"Mahasiswa yang tidak prihatin cenderung untuk mementingkan diri sendiri. Kesibukan dengan hal masing-masing membuatkan mahasiswa tidak peka dengan keadaan sekeliling. Kalau boleh kita nak mahasiswa jadi contoh yang baik kepada masyarakat. Suka bantu orang lain, ambil berat dengan isu semasa di kampus dan terlibat sama dalam usaha untuk mencapai halatuju universiti."katanya.
Sumber :pm-ukm.blogspot.com


DIALOG MPP BERSAMA MAHASISWA

DIALOG MPP BERSAMA MAHASISWA

25 MAC 2010 ( KHAMIS)

9.30 PG

BSS 1, FPI

BERSAMA

NIK AHMAD SHAFIE BIN RAJA DAUD
MPP TAHUN 3 FPI

MOHD. ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
MPP TAHUN 1 & 2 FPI

MOHD. SYAFIQ BIN ABD AZIZ
MPP UMUM

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN. ADUAN DAN CADANGAN BOLEH DIUTARAKAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN.

"
DARI MAHASISWA KEPADA MAHASISWA"

Friday, March 5, 2010

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

FPI 4 March 10- saudara MOHD ZAIM JUWAIDI B. JAMALUDDIN selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi tahun 1 dan 2 telah membuat 3 pertemuan di antara mahasiswa/i FPI pada pagi tersebut. Difahamkan pertemuan tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk membantu serta membela nasib sahabat-sahabat mahasiswa/i FPI yang sedang menghadapi masalah dan juga musibah. Bermula pada jam 9.30 pagi,pertemuan yang pertama adalah bersama dengan salah seorang siswi tahun 2 dari Jabatan Dakwah & Kepimpinan saudari ROSMIERA BTE MOHD BASRI.


Pihak GM-FPI telah mendapat kenyataan daripada saudari Rosmiera bahawa motosikalnya jenis HONDA DREAM BERWARNA MERAH NOMBOR PLAT CCN 497 telah hilang sewaktu pada hari selasa 2/3/10 pada jam 9.45 pagi sewaktu beliau hendak menghadirkan diri ke kuliah.Sehubungan dengan itu, pihak GM-FPI dan juga MPP mahasiswa amat mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa/i FPI seandainya anda mendapati motosikal jenis HONDA DREAM BERWARNA MERAH NOMBOR PLAT CCN 497 dapat menghubungi segera kepada pihak berkuasa UKM ataupun balai polis Bangi.


Seterusnya, dalam pertemuan yang kedua adalah di foyer kolej kediaman Ungku Omar pada jam 10.30 pagi. Pertemuan ini adalah di antara MPP Mahasiswa FPI bersama dengan salah seorang siswa tahun satu Jabatan al-Quran & as-Sunnah saudara FAIZ B. ISMAIL. Pihak GM-FPI difahamkan bahawa mangsa (sdr. Faiz) telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran dengan persimpangan masuk ke kolej kediaman Tun Hussien Onn. Kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa mengalami patah pada pergelangan tangan dan juga kecederaan kecil pada anggota badan. Sehubungan dengan itu, pihak GM-FPI dan juga MPP Mahasiswa mengambil inisiatif untuk membantu mangsa bagi mendapatkan insurans dan juga tuntutan kewangan kebajikan pelajar yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran UKM di bahagian Unit Kebajikan Pelajar di aras 1 Pusanika. Usaha ini adalah bertujuan untuk membantu saudara Faiz bagi meng'claim semula kewangan beliau sewaktu mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital yang terletak di Serdang. Berikutan dengan kejadian kemalangan yang kerap kali berlaku terhadap warga FPI sepanjang semester ini, pihak GM-FPI dan juga MPP Mahasiswa mengharapkan agar seluruh mahasiswa/i sentiasa berwaspada dan berhati-hati sewaktu memandu kenderaan anda samada ke kuliah mahu pun pulang dari kuliah. "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG,KERANA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.."


Pertemuan yang ketiga adalah berlangsung di bilik gerakan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam tepat pada jam 11.45 pagi. MPP Mahasiswa FPI telah menemui saudari MASTURA BTE AHMAD siswi tahun 2 dari Jabatan Dakwah & Kepimpinan. Pihak GM-FPI dan MPP Mahasiswa FPI telah difahamkan ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada semester yang lepas,manakala pada semeter ini ALLAH SWT menguji lagi sekali dengan pemergian ibu beliau pula bagi semester ini Sehubungan dengan itu, MPP Mahasiswa dan pihak GM-FPI telah mengambil inisiatif dengan memberi sedikit sumbangan kepada beliau bagi menyunting semangat beliau untuk meneruskan pelajarannya. Kami bagi wakil seluruh warga FPI akan mendoakan semoga kedua roh ibu bapa saudari Mastura akan dicucuri Rahmat ALLAH. Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat FPI yang telah memberi sumbangan..kepada Saudari Mastura kami ucapkan "KUATKAN SEMANGAT & TERUSKAN PERJUANGAN"..


Thursday, March 4, 2010

KENALI MPM ANDA


MOHD ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
MAHASISWA JABATAN USULUDDIN & FALSAFAH
MODUL FALSAFAH & AGAMA
TAHUN 2

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH @ SEBARANG CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN FAKULTI SILA HUBUNGI:

013-6366450
zaimpmukm@gmail.com
badar86fpi_ukm@ymail.com
alnursi86@gmail.com

- MAHASISWA DIDAHULUKAN KEBAJIKAN DIUTAMAKAN -


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails