Monday, March 28, 2011

STATUS WATER COOLER DAN MESIN FOTOSTAT

FPI,15 Mac 2011-Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Tahun 1 dan 2 (MPP FPI 1 dan 2) yang juga memegang jawatan sebagai Naib presiden 4 PMUKM,saudara Muhammad Ikram Bin Darus bersama YDP JANNAH iaitu saudara Haikal Mubarak Bin Ghazali telah berjumpa dengan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Amir Husin Bin Mohd Nor untuk menyerahkan surat memohon bilik fotostat dan tempat khas meletakkan water cooler di FPI.



Antara objektif utama yang terdapat dalam surat tersebut adalah berkenaan dengan objektif untuk membuat permohonan tempat atau satu ruang khas untuk meletakkan mesin fotostat dan water cooler di FPI.Antara objektifnya adalah:



1. Perkhidmatan mesin fotostat dan water cooler merupakan satu keperluan khusus bagi pelajar dan pensyarah di FPI.


2. Sebelum ini,pelajar-pelajar di Fakulti Pengajian Islam terpaksa menggunakan perkhidmatan ini difakulti lain khususnya di FSSK.


3. Ia sebagai kemudahan yang akan boleh dinikmati oleh semua pelajar mahupun kakitangan FPI.



Tambahan pula terdapat perkara-perkara lain atau hal-hal berbangkit yang dibincangkan. Antaranya ialah berkenaan infrastruktur dewan kuliah FPI yang perlu di baiki mahupun ditukar baru dan perlunya sistem perpaipan di bahagian Foyer FPI.



“Paip air perlu diletakkan di bahagian bawah FPI kerana memudahkan pelajar mencuci tangan mahupun membersihkan kawasan tersebut.Hal ini kerana kawasan tersebut selalu digunakan untuk kegiatan pelajar FPI,dan jika berlaku kekotoran,kita tidak perlu menunggu ‘mak cik cleaner’ datang membersihkannya.”ujar saudara Haikal Mubarak Ghazali selaku YDP JANNAH.


“ Pihak kita telah berbincang dan mengemukakan permasalahan ini kepada pihak jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) dan tindakan akan diamabil oleh pihak JPP dalam sedikit masa lagi. Pihak FPI sentiasa memantau keadaan dewan kuliah supaya berada dalam keadaan baik dan selesa untuk digunakan oleh pelajar samada ketika kuliah mahupun aktiviti pelajar dan pihak saya akan berbincang dengan pihak pengurusan FPI atas permohonan yang dikemukakan.”ujar Prof Madya Dr Amir Husin Mohd Nor.



Diakhir pertemuan itu,saudara Muhammad Ikram memohon kepada pihak kedekanan FPI supaya melihat permohonan ini dengan positif kerana ia adalah kemudahan untuk pelajar,pensyarah dan juga kakitangan FPI.Saudara Muhammad Ikram juga mewakili suara seluruh mahasiswa FPI berharap permohonan ini diluluskan dan ada perubahan di FPI.


Minggu Quran dan Sunnah (MQS)

FPI,16 Mac 2011

Minggu Al-Quran Al-Sunnah FPI ( MQS) telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 15-18 Mac bertempat di Foyer FPI.Minggu Al-Quran Al-Sunnah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Jabatan Al-Quran Al-sunnah (JANNAH).


Pada program tersebut,Ahli majlis Perwakilan Mahasiswa FPI tahun 1 dan 2 (MPM FPI 1 dan 2) yang juga selaku Naib Presiden 4 PMUKM sempat meluangkan masa untuk mengunjungi Minggu Al-quran Al-Sunnah (MQS).Pada kunjungan itu,saudara Muhammad Ikram sempat berjumpa dan berbual dengan Pengarah Program tersebut iaitu saudara Haikal Mubarak Bin Ghazali yang juga selaku YDP kelab Jabatan Al-Quran Al-Sunnah (JANNAH).


“Antara tujuan kita anjurkan program MQS ini adalah bertujuan sebagai untuk mengajak seluruh Pelajar FPI dan seluruh warga kampus UKM untuk menghayati Al-Quran-Al-Sunnah.Yang keduanya adalah untuk mengajak mahasiswa dan mahasiswi beramal dengan nilai-nilai Islam melalui Al-Quran Al-sunnah.Yang ketiganya adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar Al-Quran Al-Sunnah bersama pensyarah,kakitangan mahupun pelajar-pelajar dari jabatan lain dan dalam program ini juga kita menyajikan banyak program untuk disertai dan dikunjungi”ujar Saudara Haikal.

Antara aktiviti lain yangdijalankan adalah gerai jualan,gerai pameran,kuiz,pertandingan khat dan juga tidak ketinggalan forum. Antara penceramah forum yang adalah Dato’Dr Halim Tamuri,Ustaz Kahiruzzaman,Dr Azwira,Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah dan banyak lagi.

Saudara Muhammad Ikram juga mewakili pelajar-pelajar FPI yang lain berharap program yang dianjurkan oleh kelab JANNAH ini sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan promosi yang lebih meluas di peringkat UKM,kerana program ini amat baik dan berkesan serta ia merupakan satu metodedakwah yang perlu diteruskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails