Saturday, January 14, 2012

TERBARU : Status Penyediaan Mesin Air Permanis dan Mesin Fotostet di FPI.

Syarikat Permanis sdn bhd yang akan membekalkan mesin air Permanis bersetuju untuk meletakkannya di FPI. Mesin tersebut tidak akan diletakkan dalam seminggu dua ini kerana pelajar akan bercuti tinggal hanya seminggu sahaja lagi. Sehubungan itu,Syarikat tersebut akan meletakkan mesin air Permanis tersebut pada awal kemasukan semester kedua kerana mengambil kira keadaan permintaan pasaran pada ketika itu atas alasan pelajar bercuti.Pihak fakulti juga telah bersetuju untuk meletakkan mesin air bersebelahan pintu belakang DK2 FPI.

Fotostat

Pihak fakulti dan juga bendahari telah turun meninjau tempat untuk meletakkan mesin fotostat di FPI.Tempat cadangan asal adalah berhadapan singgahan ilmu.Tetapi perubahan tempat adalah bersebelahan DK2 FPI.Permasalahan utama sekarang ialah kos untuk membuat tempat tersebut.Kos tempat berhadapan dengan singgahan ilmu lebih mahal daripada bersebelahan DK2 FPI.Jadi keputusannya adalah memilih tempat kos rendah.Tambahan,perancangan asal adalah untuk memohon mesin fotostat menggunakan kad di FPI.Tetapi pihak fakulti dan saya lebih bersetuju untuk membuat satu kawasan meletak mesin fotostat di FPI dan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada mana mana syarikat.

Berikut adalah situasi perkembangan mesin fotostat dan juga mesin air di FPI.Pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh saya.Harapan saya adalah,mahasiswa dan mahasiswi FPI harus bersabar menanti perubahan tersebut.Saya memahami keadaan anda semua kerana saya juga mahasiswa seperti anda.Kesusahan sama-sama kita hadapi,dan insyaAllah,dengan kekuatan yang diberikan saya masih lagi berusaha untuk memastikan kemudahan untuk kita bersama.

Muhammad Ikram Bin Darus
MPP fakulti pengajian islam
Naib Presiden 4 PMUKM.

Thursday, January 12, 2012

TERUS KOMITED: MANIFESTO FPI TETAP DIPERJUANGKAN

BANGI: Satu perbincangan dengan Encik Ghani, Ketua Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP), telah dilakukan. Beliau memberitahu bahawa pihak JPP sudah tidak menyediakan watercooler di UKM. Jadi bertitik tolak dengan itu, MPP FPI, saudara Muhammad Ikram bin Darus telah mengambil inisiatif memohon mesin air syarikat Pemanis Sdn Bhd untuk diletakkan di Fakulti Pengajian Islam. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghantar satu surat permohonan kepada Encik Isman bin Hamad selaku Ketua bahagian Unit Penjanaan Bendahari pada dua minggu sebelum tempoh peperiksaan bermula. Pihaknya telah menerima surat tersebut dan telah mengambil tindakan dengan menawarkan kepada syarikat Permanis yang berdaftar dengan UKM itu. Pihak syarikat tersebut juga telah memantau keadaan FPI berkenaan dengan tempat untuk meletakkan mesin air Permanis tersebut. Jadi, pihak Unit Penjanaan Bendahari masih menunggu surat persetujuan meletakkan mesin air Permanis di FPI. Menurut En.Kadir seorang pegawai Unit Penjanaan Bendahari, dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi mesin tersebut akan diletakkan di FPI.




Mengenai mesin fotostat, masalah yang dihadapi sebelum ini adalah berkaitan dengan tempat. Sehubungan itu, bersama surat permohonan mesin air syarikat Permanis Sdn Bhd, saudara Ikram juga melampirkan surat permohonan meletakkan mesin fotostat menggunakan kad seperti di PTSL.Pihak unit penjanaan bendahari juga memberitahu bahawa syarikat yang menyediakan perkhidmatan mesin fotostat sudah lama tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.Sehubungan dengan itu,di pihak unit penjanaan perlu mengambil masa menawarkan kepada mana-mana syarikat yang ingin berurusniaga berkaitan mesin fotostat di FPI.




"Saya akui risikonya rakan-rakan mahasiswa FPI terpaksa menambah nilai dalam kad kemudian baru boleh menggunakan mesin tersebut. Jadi saya mohon juga. Walaubagaimanapun,rakan-rakan harap dapat bersabar.Saya akan usahakan walaupun banyak birokrasi. Perbincangan dengan Prof Dr Nasran dekan FPI, pihak FPI, juga memohon tempat khas untuk perkhidmatan fotostat di FPI. Seperti yang kita ketahui,keadaan tempat di FPI yang terhad menyebabkan kita terpaksa memohon tempat yang sesuai pada JPP," jelasnya.



"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

Tuesday, January 10, 2012

Notis Kursus Bakal Calon Keluar- Gendang PRK sudah bermula!

Pihak pentadbiran UKM telah mengeluarkan notis berkenaan Kursus Bakal Calon PRK melalui portal e-Pelajar UKM siang tadi. (Rujuk notis di bawah)

Bengkel kursus yang saban tahun diadakan sejak hampir 4 tahun yang lalu, pada kali ini diberi nama 'Kursus Kepimpinan Pelajar UKM.' Ironinya bengkel bakal calon pada kali ini dilaporkan akan diadakan di Kolej Keris Mas, UKM kampus Bangi, dan dalam dua siri iaitu 20-22 Januari 2012 (Sesi 1) dan 17-19 Februari 2012 (Sesi 2).

Hal ini agak menghairankan di pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang melihat dua sesi kursus yang diadakan sebagai mengaburi mata selepas isu hangat calon Aspirasi, Ummi Nazirah Khairuddin tahun lalu yang bertanding dan memenangi kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) tanpa menghadiri bengkel kursus bakal calon.

Tarikh notis bengkel ini dikeluarkan juga menjadi persoalan apabila notis yang telah ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar JPPel pada 5 Januari (Khamis) yang lalu hanya dikeluarkan pada hari ini, 9 Januari (Isnin) dan dilihat tergesa-gesa memandangkan tarikh tutup bagi penyertaan kursus 1 bakal berakhir 13 Januari, Jumaat nanti. Ini sekaligus dilihat cuba mengurangkan perhatian bakal-bakal calon khususnya daripada Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)

Walaubagaimanapun pihak GMUKM akan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan.

Dapatkan borang-borang di e-Pelajar
Mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk menjadi calon dalam Pemilihan MPP UKM 2012 boleh mendapatkan notis pemberitahuan dan borang-borang penyertaan di laman portal e-Pelajar tersebut.

Pertanyaan lanjut sila hubungi En. Azizi / En. Zairil di talian 03-89215347 atau melalui e-mel: azbar@ukm.my (En. Azizi) / zairil@ukm.my (En. Zairil).

'Gendang PRK sudah bermula'
Bengkel kursus bakal calon PRK merupakan program yang menjadi prasyarat kepada pelajar prasiswazah dan siswazah yang berminat untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM.

Dengan keluarnya notis bengkel kursus bakal calon tersebut, gendang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau lebih sinonim dengan pilihanraya kampus (PRK) kian menghampiri kita.

Di peringkat GMUKM telah awal-awal memberikan isyarat bahawa bakal 'menawan' kerusi PMUKM sekali lagi melalui ucapan pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Firdaus sempena musim peperiksaan hujung bulan yang lalu.

Di dalam ucapan tersebut, Firdaus melaungkan keyakinan memegang PMUKM sekali lagi 'demi kelangsungan perjuangan GMUKM, membina masyarakat kampus UKM yang berintelektual dan mendokong Falsafah UKM.'

Gabungan Mahasiswa UKM dalam pilihanraya kampus lalu telah menang bergaya di 22 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan 22 buah kerusi tersebut telah bertambah lapan buah kerusi daripada 14 pada tahun 2010 sekaligus membolehkan GMUKM mendapat mandat memegang pentadbiran Persatuan Mahasiswa UKM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails