Friday, November 29, 2013

Pertemuan antara MPP FPI dengan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM

28 November 2013 : JPP :
 Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.

 Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini. Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka. 

 Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan. Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP. 

 Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami. 

Suara Anda, Suara Kami, 
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami. 

Yang Berkhidmat, 
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan 
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014


Wednesday, November 27, 2013

Perbincangan mengenai isu-isu kebajikan pelajar FPI

26 November 2013 : FPI - Satu pertemuan saya bersama Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam Encik Saidi Ismail bagi membincangkan isu-isu kebajikan pelajar FPI.  Pada 31 Oktober yang lepas, saya dan MPP Umum daripada FPI telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang dibincangkan sebelum ini. 

 Alhamdulillah hasil perjumpaan sebentar tadi, saya mendapat beberapa respon yang positif daripada beliau. Berkenaan laluan parking motosikal, insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang sebelum ini, namun ada sedikit perubahan. Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar FPI. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada consultant daripada JPP. Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.

 Selain itu, saya juga telah membuat sedikit perbincangan berkenaan masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu masih berlaku pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.
  Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai. Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon daripada pihak sana. Memandangkan isu wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya diperingkat MPP insyAllah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah WIFI di FPI.
 Pada perbincangan kali ini, saya juga memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
 

Thursday, November 14, 2013

Majlis Makan Malam GMFPI


Bismillah, segala puji bagi pencipta alam di atas nikmat dan kekuatan yang masih diberikan. Alhamdulillah pada 13/11 sebelah malam GM FPI telah berjaya mengadakan satu jamuan makan malam bersama mahasiswa/i FPI. Hal ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada warga mahasiswa/i FPI yang telah memilih mereka sebagai MPP sesi ini. Selain itu, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan Qasidah dari team FPI yang mana turut memberi kerjasama dalam majlis ini. Sedikit kata-kata penghargaan dari pimpinan GM FPI dan umum 3/4 . Akhir sekali terima kasih diucapkan diatas kesudian mahasiswa/i untuk hadir ke majlis GM FPI. Semoga hubungan kita kekal utuh dan padu.

Teruskan sokongan kalian terhadap kami.

Suara Anda,Suara Kami,
Kebajikan anda,Tanggungjawab kami,
Tanggungjawab anda sudah terlaksana.
kini tiba masa kami melaksanakan Tanggungjawab kami.

~Moving Foward


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails