Friday, March 5, 2010

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

FPI 4 March 10- saudara MOHD ZAIM JUWAIDI B. JAMALUDDIN selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi tahun 1 dan 2 telah membuat 3 pertemuan di antara mahasiswa/i FPI pada pagi tersebut. Difahamkan pertemuan tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk membantu serta membela nasib sahabat-sahabat mahasiswa/i FPI yang sedang menghadapi masalah dan juga musibah. Bermula pada jam 9.30 pagi,pertemuan yang pertama adalah bersama dengan salah seorang siswi tahun 2 dari Jabatan Dakwah & Kepimpinan saudari ROSMIERA BTE MOHD BASRI.


Pihak GM-FPI telah mendapat kenyataan daripada saudari Rosmiera bahawa motosikalnya jenis HONDA DREAM BERWARNA MERAH NOMBOR PLAT CCN 497 telah hilang sewaktu pada hari selasa 2/3/10 pada jam 9.45 pagi sewaktu beliau hendak menghadirkan diri ke kuliah.Sehubungan dengan itu, pihak GM-FPI dan juga MPP mahasiswa amat mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa/i FPI seandainya anda mendapati motosikal jenis HONDA DREAM BERWARNA MERAH NOMBOR PLAT CCN 497 dapat menghubungi segera kepada pihak berkuasa UKM ataupun balai polis Bangi.


Seterusnya, dalam pertemuan yang kedua adalah di foyer kolej kediaman Ungku Omar pada jam 10.30 pagi. Pertemuan ini adalah di antara MPP Mahasiswa FPI bersama dengan salah seorang siswa tahun satu Jabatan al-Quran & as-Sunnah saudara FAIZ B. ISMAIL. Pihak GM-FPI difahamkan bahawa mangsa (sdr. Faiz) telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran dengan persimpangan masuk ke kolej kediaman Tun Hussien Onn. Kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa mengalami patah pada pergelangan tangan dan juga kecederaan kecil pada anggota badan. Sehubungan dengan itu, pihak GM-FPI dan juga MPP Mahasiswa mengambil inisiatif untuk membantu mangsa bagi mendapatkan insurans dan juga tuntutan kewangan kebajikan pelajar yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran UKM di bahagian Unit Kebajikan Pelajar di aras 1 Pusanika. Usaha ini adalah bertujuan untuk membantu saudara Faiz bagi meng'claim semula kewangan beliau sewaktu mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital yang terletak di Serdang. Berikutan dengan kejadian kemalangan yang kerap kali berlaku terhadap warga FPI sepanjang semester ini, pihak GM-FPI dan juga MPP Mahasiswa mengharapkan agar seluruh mahasiswa/i sentiasa berwaspada dan berhati-hati sewaktu memandu kenderaan anda samada ke kuliah mahu pun pulang dari kuliah. "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG,KERANA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.."


Pertemuan yang ketiga adalah berlangsung di bilik gerakan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam tepat pada jam 11.45 pagi. MPP Mahasiswa FPI telah menemui saudari MASTURA BTE AHMAD siswi tahun 2 dari Jabatan Dakwah & Kepimpinan. Pihak GM-FPI dan MPP Mahasiswa FPI telah difahamkan ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada semester yang lepas,manakala pada semeter ini ALLAH SWT menguji lagi sekali dengan pemergian ibu beliau pula bagi semester ini Sehubungan dengan itu, MPP Mahasiswa dan pihak GM-FPI telah mengambil inisiatif dengan memberi sedikit sumbangan kepada beliau bagi menyunting semangat beliau untuk meneruskan pelajarannya. Kami bagi wakil seluruh warga FPI akan mendoakan semoga kedua roh ibu bapa saudari Mastura akan dicucuri Rahmat ALLAH. Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat FPI yang telah memberi sumbangan..kepada Saudari Mastura kami ucapkan "KUATKAN SEMANGAT & TERUSKAN PERJUANGAN"..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails