Friday, October 9, 2009

Sokong Kempen bi’ah solehah dan ihya’ sunnah

Dalam bulan ramadhan yang lalu, PMFPI telah mengadakan kempen bi’ah solehah dan kempen ihya’ sunnah disekitar kampus utama UKM. Pihak GMFPI menyokong penuh, usaha yang dilakukan bagi mewujudkan suasana bi’ah solehah di fakulti Pengajian Islam disamping menghidupkan semula Rasulullah s.a.w.


Kempen bertujuan untuk melahirkan Suasana penghayatan Islam dikalangan warga Fakulti PEngajian Islam. Suasana yang melahirkan warga yang menyuruh kepada yang makruf dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.aw.t dan rasulullah. Sebagai Fakulti yang melahirkan ilmuwan dalam bidang agama sewajarnya penerapan cara hidup seperti ini dibumukan oleh warga FPI.


GMFPI mengharapkan kempen ini Berjaya mencapai objektif dan kempen ini berterusan dijalankan bukan sahaja di Fakulti Pengajian Islam, malahan disebarkan ke Fakulti-fakulti lain.

Tahniah Dekan Fakulti Pengajian Islam

Baru-baru ini, Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah melalui satu peristiwa besar, iaitu pertukaran dekan Fakulti Pengajian Islam. Prof Zakaria bin Stapa telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Prof Mohd Nasran bin Mohamad.


Pihak GMFPI mengucapkan tahniah kepada Prof Nasran atas pelantikan tersebut. Kami mengharapkan kerjasama yang baik daripada pihak kedekanan bagi memudahkan agenda yang dilaksanakan oelh MPP fakulti pengajian Islam. Moga pelantikan ini dapat memeberi ruang yang luas untuk pihak MPP menjalankan kebajikan untuk mahasiswa fakulti Pengajian Islam

Pihak GMFPI jugak, mengucapkan terima kasih kepada bekas dekan FPI atas kerjasama yang diberi kepada pihak MPP dalam menjalankan tugas.

GM-FPI SUDAH BERSEDIA

3 OKTOBER, AHAD- Gedang pilihanraya kampus (PRK) sedang rancak berbunyi, beberapa university sekitar Negara telah mula mengadakan pilihanraya kampus. Gedang pilihanraya kampusa juga mula kedengar disekitar Lembah kelang. oleh itu GMFPI (Gabungan Mahasiswa fakulti Pengajian Islam) telah mengadakan rehlah dan senaman di tasik sebelah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Seni Bina. Rehlah ini disertai oleh beberapa penyokong GMFPI .


Aktiviti yang bermula pada pukul 7.30 pagi dimulai dengan sedikit riadah sesame penyokong. Kemudian diadakan sedikit jamuan hari raya untuk penyokong GMFPI. Menurut bekas calon umum saudara Shafiq Abdul Aziz “Tujuan GMFPI mengadakan rehlah ini bertujuan untuk mengambarkan kesediaan kami untuk menghadapi PRK bila-bila masa. Kami akan mempertahankan kerusi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) di FPI sendiri.


Walaupun suasana peperiksaan makin terasa, namun GMFPI sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. GMFPI akan terus mengutamakan memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan akan turun mendekati mahasiswa walaupun terdapat tekanan oleh pihak tertentu-wartawan GMFPI.

Sunday, October 4, 2009

HEDONISME MERENDAHKAN MARTABAT MAHASISWA


Salam sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kepujian kita rafa’kan kepada Rabbul Jalil selaku Tuan punya dunia kerana limpah InayahNya masih lagi kita diberi peluang menghembuskan nafas dimuka bumi Allah sekaligus diberikan nikmat Iman jua Islam secara percuma dan ‘cash’. Selawat serta salam Khususan ila nabi Muhammad saw. Hedonisme merupakan satu budaya hiburan yang melampau. Budaya ini juga semakin melampau dan meresapi di dalam dunia kampus sekaligus telah mencemar dan merendahkan martabat mahasiswa. Pada peringkat awalnya hedonisme ini dijadikan budaya ‘rasmi’ oleh majoriti remaja kini yang inginkan keseronokan dunia semata-mata. Munculnya gejala hedonisme ke Malaysia adalah dari Barat menerusi media massa yang banyak memaparkan berita dan program-program realiti barat. ini bermaksud, hedonisme bukanlah budaya kita tetapi kenapa ada sesetengah golongan yang mengaku memperjuangkan agama, bangsa dan bahasa tetapi senyap seribu bahasa, diam membuta tuli berdengkur mati dengan gejala ini yang kian meruncing.


Bahaya Hedonisme



Jika kita lihat antara salah satu faktor berleluasanya zina adalah hiburan yang melampau dan keterlaluan. Rasulullah mengingatkan kepada semua umat Islam supaya mengelakkan zina kerana dikhuatiri Allah akan menurunkan bala kepada orang yang melakukan zina dan masyarakat sekelilingnya. Adakah kita lupa dan tidak pernah mengambil pengajaran apa yang telah berlaku peristiwa-peristiwa umat terdahulu..??



Peringatan buat sahabat-sahabatku yang bergelar mahasiswa,



Sepertimana yang kita sedia maklum mutakhir ini, isu hedonisme kian meruncing dan parah dikalangan mahasiswa khususnya. Walaupun telah banyak pendedahan demi pendedahan tentang hedonisme dan keburukan serta bahayanya budaya ini. Tanpa disedari budaya hedonisme ini memegang kepada pandangan Epikuris yang menyatakan: “Bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu kerana esok engkau akan mati”. Di sini jelas membuktikan bahawa budaya ini hanya menganggap kesenangan dan kelazatan metarial adalah tujuan utama hidup. Namun, adakah setelah mengetahui tentang tujuan sebenar hedonisme ini mahasiswa akan berubah?

Mahasiswa merupakan golongan intelektual yang dipandang tinggi oleh masyarakat satu ketika dahulu. Namun, mahasiswa kini tiada beza dengan golongan yang tidak ada panduan hidup dan menjadikan hiburan dan maksiat sebagai tujuan utama dalam kehidupan. Hal ini telah jelas terbukti bilamana mahasiswa terkinja-kinja, bersorak, menari, menyanyi dan sebagainya di temasya, fiesta, karnival kolej dan pesta konvokesyen yang dianjurkan oleh kolej-kolej kediaman di gedung VARSITI kita yang suci ini. Di sini kita dapat melihat mentaliti mahasiswa abad ini yang lebih banyak menjadi hamba abdi hedonisme sehingga sanggup menganjurkan pertandingan seperti “BATTLE OF THE BAND”, “BATTLE OF THE SEXES” dan berbagai-bagai BATTLE yang jelas meruntuhkan aqidah umat Islam khususnya warga kampus.


Rasulullah pernah bersabda, bahawa di akhir zaman golongan yang disanjung bukan lagi para ulama’ dan para ilmuan akan tetapi golongan bawahan seperti pelacur dan penghibur. Sudah terbukti bukan?? Sedarilah, mahasiswa adalah aset negara dan bakal memimpin, menerajui dan mencorakkan sistem pemerintahan Malaysia pada masa hadapan. Inginkah kita memiliki Perdana Menteri dan Kabinet-Kabinet Menteri yang terdiri daripada mereka kurang softskill dan berbakat dalam kepimpinan namun boleh menyanyi dan membuat persembahan dengan baik. Fikir-fikirkanlah sahabat.. ayuh segera insaf dan bertaubat. Wallahu a’lam...

Hasil Nukilan Shafiq Aziz (http://tukjanggutt.blogspot.com/)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails