Salam sejahtera kepada seluruh mahasiswa Fakulti Pengajian Islam dan seluruh warga UKM. Sepertimana yang kita maklum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan pemilihan bagi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2010/2011. Aktiviti tahunan ini akan berlangsung pada 21 Januari 2011 ekoran notis pembubaran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).
Berikut adalah perincian jadual sepanjang berlangsungnya proses pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada kali ini:
- 14 Feb 2011: pembubaran PMUKM dan borang calon MPP dikeluarkan di JPPel.
- 17 Feb 2011: penamaan calon di fakulti bagi calon fakulti dan Pusanika bagi calon umum.
- 17 Feb 2011 - 20 Feb 2011 : tempoh berkempen bagi semua calon
- 21 Feb 2011: hari pengundian di kolej kediaman
No comments:
Post a Comment