Sunday, September 13, 2009

Sejarah Penubuhan Fakulti Pengajian Islam

Sejarah Penubuhan Fakulti Pengajian Islam


FAKULTI Pengajian Islam (FPI) telah ditubuhkan pada 18hb Mei 1970 bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Asas penubuhannya bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya Klang pada tahun 1955 atas hasrat umat Islam supaya institusi pengajian tinggi Islam diwujudkan di tanah air.

Pada tahun 1968, Kementerian Pendidikan telah bersetuju menaikkan taraf Kolej Islam Malaya ke taraf universiti kolej. Apabila Univiersiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan Kolej Islam telah diserapkan di bawah UKM sebagai salah sebuah fakulti, bersama dua fakulti lain pada waktu itu iaitu Fakulti Sains dan Fakulti Sastera. Fakulti Pengajian Islam merupakan institusi pengajian tinggi Islam yang tertua di Malaysia yang kelulusannya bertaraf universiti, seperti kelulusan fakulti-fakulti atau universiti lain.


Bangunan Fakulti Pengajian Islam di awal pembinaannya


Bangunan Fakulti Pengajian Islam yang telah siap dibina

Pada masa ini Fakulti Pengajian Islam mempunyai lima buah jabatan iaitu:

  • Jabatan Syariah

  • Jabatan Usuluddin dan Falsafah

  • Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

  • Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

  • Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah


Sebilangan kakitangan Fakulti Pengajian
Islam pada tahun-tahun 70-an


Pendaftaran pelajar baru Fakulti Pengajian Islam

Fakulti Pengajian Islam menawarkan program pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam dan program pengajian Siswazah iaitu meliputi Program Diploma Siswazah, Program Sarjana dan Program Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang pengajian Islam.


Pelajar-pelajar sedang mengikuti kuliah.


Taklimat Fakulti kepada pelajar-pelajar baru.

1 comment:

  1. salam..
    kalau ikut sejarah bidang ilmu ni
    pengajian islam adalah berasal dari fakulti sains sosial..

    lepas 2 baru dipisahkan menjadi fakulti pengajian islam..

    jadi..pelik gak..kenp kebanyakan budak2 pengajian islam kutuk budak2 sains sosial
    kononnya sains soSIAL..

    masyaAllah..walaupun kami bukanlah bertdung labuh, berpurdah, berserban cam kamu semua..
    tp kebanyakan dr kami berhati bersih..

    kami xpandang serong kat orang..
    budak pengajian islam patut berdakwah secra elok..
    bukan ngutuk2 jaa

    biarlah pemakaian 2 menggambarkan hati..
    jgn hanya luaran..
    wallua'alam..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails