Salam sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kepujian kita rafa’kan kepada Rabbul Jalil selaku Tuan punya dunia kerana limpah InayahNya masih lagi kita diberi peluang menghembuskan nafas dimuka bumi Allah sekaligus diberikan nikmat Iman jua Islam secara percuma dan ‘cash’. Selawat serta salam Khususan ila nabi Muhammad saw. Hedonisme merupakan satu budaya hiburan yang melampau. Budaya ini juga semakin melampau dan meresapi di dalam dunia kampus sekaligus telah mencemar dan merendahkan martabat mahasiswa. Pada peringkat awalnya hedonisme ini dijadikan budaya ‘rasmi’ oleh majoriti remaja kini yang inginkan keseronokan dunia semata-mata. Munculnya gejala hedonisme ke
Bahaya Hedonisme
Jika kita lihat antara salah satu faktor berleluasanya zina adalah hiburan yang melampau dan keterlaluan. Rasulullah mengingatkan kepada semua umat Islam supaya mengelakkan zina kerana dikhuatiri Allah akan menurunkan bala kepada orang yang melakukan zina dan masyarakat sekelilingnya. Adakah kita lupa dan tidak pernah mengambil pengajaran apa yang telah berlaku peristiwa-peristiwa umat terdahulu..??
Peringatan buat sahabat-sahabatku yang bergelar mahasiswa,
Sepertimana yang kita sedia maklum mutakhir ini, isu hedonisme kian meruncing dan parah dikalangan mahasiswa khususnya. Walaupun telah banyak pendedahan demi pendedahan tentang hedonisme dan keburukan serta bahayanya budaya ini. Tanpa disedari budaya hedonisme ini memegang kepada pandangan Epikuris yang menyatakan: “Bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu kerana esok engkau akan mati”. Di sini jelas membuktikan bahawa budaya ini hanya menganggap kesenangan dan kelazatan metarial adalah tujuan utama hidup. Namun, adakah setelah mengetahui tentang tujuan sebenar hedonisme ini mahasiswa akan berubah?
Mahasiswa merupakan golongan intelektual yang dipandang tinggi oleh masyarakat satu ketika dahulu. Namun, mahasiswa kini tiada beza dengan golongan yang tidak ada panduan hidup dan menjadikan hiburan dan maksiat sebagai tujuan utama dalam kehidupan. Hal ini telah jelas terbukti bilamana mahasiswa terkinja-kinja, bersorak, menari, menyanyi dan sebagainya di temasya, fiesta, karnival kolej dan pesta konvokesyen yang dianjurkan oleh kolej-kolej kediaman di gedung VARSITI kita yang suci ini. Di sini kita dapat melihat mentaliti mahasiswa abad ini yang lebih banyak menjadi hamba abdi hedonisme sehingga sanggup menganjurkan pertandingan seperti “BATTLE OF THE BAND”, “BATTLE OF THE SEXES” dan berbagai-bagai BATTLE yang jelas meruntuhkan aqidah umat Islam khususnya warga kampus.
Rasulullah pernah bersabda, bahawa di akhir zaman golongan yang disanjung bukan lagi para ulama’ dan para ilmuan akan tetapi golongan bawahan seperti pelacur dan penghibur. Sudah terbukti bukan?? Sedarilah, mahasiswa adalah aset negara dan bakal memimpin, menerajui dan mencorakkan sistem pemerintahan
No comments:
Post a Comment