Perbincangan awal bermula dengan kakitangan Jabatan Bendahari, seterusnya untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, pihak kami telah di bawa berjumpa dengan pegawai jabatan bendahari.
“Isu ini ( yuran perkhidmatan bas ) seharusnya tidak di bangkitkan oleh mahasiswa sekiranya mereka membaca buku ( biru ) yang telah di bekalkan, memandangkan ia telah dinyatakan di dalam buku pendaftaran awal ketika mendapat tawaran ke universiti”
ujar pegawai jabatan bendahari selepas diminta sedikit penjelasan berkaitan isu tersebut.
Sebenarnya, yuran pembayaran bas ini di kenakan sebanyak RM 200 bagi sekali pembayaran sepanjang sesi pengajian di UKM, samada tiga atau empat tahun pengangajian. Hal ini kerana yuran tersebut adalah bagi kos operasi perkhidmatan bas. Isu samada mahasiswa menggunakan perkhidmatan bas atau tidak sepatut tidak timbul memandangkan penggunaan ke sesuatu program, mahasiswa tidak di kenakan caj sebab telah termasuk di dalam pembayaran tersebut.
“RM200 ini sangat berbaloi sebenarnyamemandangkan jika perkhidmatan ke setiap program ini diambil kira, nilai RM200 tidak cukup bahkan ia lebih lagi dari kos tersebut bagi setiap mahasiswa sepanjang pengajian” ,tambahnya lagi.
“Saya berharap dengan penjelasan ini, semua mahasiswa tidak salah faham lagi berkaitan isu ini, memandangkan sebelum ini, kita mendapat aduan bahawa pembayaran yuran perkhidmatan bas ini di kenakan bagi setiap mahasiswa bagi setiap tahun sekali. Dengan penjelasan ini, segala kekeliruan dapat dirungkaikan, walau bagaimana pun, kita mengharapkan perkhidmatan bas ini dapat ditingkatkan dari sudut ketepatan masa bagi setiap pergerakan kearah meningkatkan kualiti perkhidmatan.”
Respon Timbalan Presiden MPM Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff.
Berkaitan isu yuran berpakej ini, aduan yang diterima adalah ketakwajaran pihak bendahari mengenakan caj tersebut sekiranya kes yang berlaku adalah seperti mengambil 11 jam kredit tetapi perlu membayar RM550 ( sebagai contoh, fakulti pendidikan ).
Dari aduan ini, Saudara MPM Muhammad Ikram bin Darus, Naib Presiden 4, menyatakan
“ ramai mahasiswa tidak jelas isu ini dan ia dilihat tidak adil bagi mahasiswa yang mengambil kredit yang kecil tetapi caj yang di kenakan pula adalah mahal”.
Pada perbincangan yang sama, beliau membangkitkan isu tersebut dan pegawai berkenaan telah memberi jawapan berikut :
Tujuan yuran pakej ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan kira-kira kewangan dan ia juga bertujuan bagi memberi yuran yang lebih murah kepada mahasiswa. Kita ambil contoh fakulti pendidikan, sekiranya 1 unit = RM33, 1 semester kebiasaanya mereka mengambil 22 jam kredit. Jadi, 22 X 33 = RM 726. Tetapi mahasiswa hanya perlu membayar yuran pakej RM550 sahaja.
Mahasiswa telah jimat sebanyak RM 176 pada semester tersebut. Tetapi tahun 1 hingga tahun 3 pengajian kebanyakan mahasiswa mengambil 24 hingga 26 jam kredit. Jadi bayangkan jimatnya yuran pakej ini.
Cuma isu ini timbul bila mahasiswa melihat, sem akhir, iaitu hanya 11 jam kredit sahaja. 11 X 33 = RM 360, tetapi jika mengikut yuran pakej ini, mereka tetap di kenakan bayaran sebanyak RRM 550. RM 190 mahasiswa “rugi”.
Ini la isu utamanya. Mahasiswa yang menjalani 4 tahun pengajian ( dalam konteks ini, FPEND, FKAB, dan sebilangan minoriti FEP dan FST ). Kita ambil balik kira-kira tadi, jika purata mahasiswa mengambil 22 jam kredit bagi 1 sem, pengajian sebanyak 4 tahun atau 8 semseter. Hanya semester akhir sahaja sebanyak 11 jam kredit. Jadi 7 X RM 176 ( penjimatan 1 sem mengikut yuran pakej ) = RM 1232.
Ini adalah nilai keuntungan mahasiswa sepanjang 7 semester. Manakala nilai sem akhir pula, RM 190 nilai “rugi” mahasiswa. Baik secara matematiknya, RM 1232( untung 7sem ) – RM 190 ( rugi 1sem ) = RM 1042. Nah!, bukankah ini nilai keuntungan mahasiswa. Jadi, sebenarnya tidak timbul pun kerugian berbanding pembayaran mengikut jam kredit bahkan ia lebih murah dan banyak menguntungkan pelajar.
Selepas mengakhiri perbincangan, Unit Bendahari sempat memberi nasihat tentang kewangan PMUKM.
Berkenaan dengan isu yuran RM10 untuk pembayaran PMUKM oleh setiap pelajar,wang tersebut boleh digunakan oleh setiap pelajar.
“Wang tersebut bukan untuk disimpan tetapi untuk digunakan oleh semua pelajar UKM tetapi mesti bertujuan yang penting dan mempunyai hitam putih untuk kegunaan wang tersebut" kata pegawai bendahari tersebut.
Kami mewakili mahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan penjelasan tentang isu yang di bangkitkan.
No comments:
Post a Comment