Thursday, January 12, 2012

TERUS KOMITED: MANIFESTO FPI TETAP DIPERJUANGKAN

BANGI: Satu perbincangan dengan Encik Ghani, Ketua Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP), telah dilakukan. Beliau memberitahu bahawa pihak JPP sudah tidak menyediakan watercooler di UKM. Jadi bertitik tolak dengan itu, MPP FPI, saudara Muhammad Ikram bin Darus telah mengambil inisiatif memohon mesin air syarikat Pemanis Sdn Bhd untuk diletakkan di Fakulti Pengajian Islam. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghantar satu surat permohonan kepada Encik Isman bin Hamad selaku Ketua bahagian Unit Penjanaan Bendahari pada dua minggu sebelum tempoh peperiksaan bermula. Pihaknya telah menerima surat tersebut dan telah mengambil tindakan dengan menawarkan kepada syarikat Permanis yang berdaftar dengan UKM itu. Pihak syarikat tersebut juga telah memantau keadaan FPI berkenaan dengan tempat untuk meletakkan mesin air Permanis tersebut. Jadi, pihak Unit Penjanaan Bendahari masih menunggu surat persetujuan meletakkan mesin air Permanis di FPI. Menurut En.Kadir seorang pegawai Unit Penjanaan Bendahari, dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi mesin tersebut akan diletakkan di FPI.




Mengenai mesin fotostat, masalah yang dihadapi sebelum ini adalah berkaitan dengan tempat. Sehubungan itu, bersama surat permohonan mesin air syarikat Permanis Sdn Bhd, saudara Ikram juga melampirkan surat permohonan meletakkan mesin fotostat menggunakan kad seperti di PTSL.Pihak unit penjanaan bendahari juga memberitahu bahawa syarikat yang menyediakan perkhidmatan mesin fotostat sudah lama tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.Sehubungan dengan itu,di pihak unit penjanaan perlu mengambil masa menawarkan kepada mana-mana syarikat yang ingin berurusniaga berkaitan mesin fotostat di FPI.




"Saya akui risikonya rakan-rakan mahasiswa FPI terpaksa menambah nilai dalam kad kemudian baru boleh menggunakan mesin tersebut. Jadi saya mohon juga. Walaubagaimanapun,rakan-rakan harap dapat bersabar.Saya akan usahakan walaupun banyak birokrasi. Perbincangan dengan Prof Dr Nasran dekan FPI, pihak FPI, juga memohon tempat khas untuk perkhidmatan fotostat di FPI. Seperti yang kita ketahui,keadaan tempat di FPI yang terhad menyebabkan kita terpaksa memohon tempat yang sesuai pada JPP," jelasnya.



"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails