Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil
air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar
itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar
menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih ALLAH, Nabi
Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar
itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil? Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa ALLAH tidak akan bertanya kepadaku
apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi ALLAH pasti bertanya
apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang
besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam
usaha memerangi kekejaman Yahudi, siramlah walau "setitis air" untuk
memadamkan keganasan.
Ayuh teman dan
taulan! Kita teruskan perjuangan!
Berdoa dan
teruskan Berdoa wahai sahabat perjuangan sekalian.
Ingat
sahabat-sahabat perjuangan sekalian, Bukanlah bermakna Apabila ISRAEL mahu
berdamai dengan PALESTIN ini bermakna kita boleh meletakkan 100 % kepercayaan
kita kepada mereka. Ingatlah bahawa Israel tidak akan senang duduk selagi tidak
dapat menawan GAZA .
Apakah bermakna,
apabila dengarnya gencatan senjata ini, kita boleh berhenti memboikot
baraangan-barangan Yahudi. Perjuangan kita belum selesai. Ingatlah bahawa
Mukmin tidak akanterjatuh kedalam lubang biawak untuk kali kedua.
Carilah BUKTI
&SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan ALLAH nanti.
"Bila mana
kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian, sehingga apabila
muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka
pasti datanglah pertolongan ALLAH pada satu masa keadaan yang tidak
disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir."
{Pakar sejarah
& pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani}
JOM SERTAI KAMI:
Moga-Moga kita diampuni Allah di Padang Mahsyar...
PEDULIKAH KITA??? TEPUK DADA TANYA IMAN....!!!
PEDULIKAH KITA??? TEPUK DADA TANYA IMAN....!!!
No comments:
Post a Comment