Wednesday, November 27, 2013

Perbincangan mengenai isu-isu kebajikan pelajar FPI

26 November 2013 : FPI - Satu pertemuan saya bersama Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam Encik Saidi Ismail bagi membincangkan isu-isu kebajikan pelajar FPI.  Pada 31 Oktober yang lepas, saya dan MPP Umum daripada FPI telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang dibincangkan sebelum ini. 

 Alhamdulillah hasil perjumpaan sebentar tadi, saya mendapat beberapa respon yang positif daripada beliau. Berkenaan laluan parking motosikal, insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang sebelum ini, namun ada sedikit perubahan. Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar FPI. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada consultant daripada JPP. Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.

 Selain itu, saya juga telah membuat sedikit perbincangan berkenaan masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu masih berlaku pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.
  Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai. Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon daripada pihak sana. Memandangkan isu wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya diperingkat MPP insyAllah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah WIFI di FPI.
 Pada perbincangan kali ini, saya juga memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails