28 November 2013 : JPP :
Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis
Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab
Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan
Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan
berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.
Perjumpaan ini
merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI
yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam
dalam menyelesaikan masalah ini.
Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah
berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan
Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu,
saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera
kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan
keselamatan mereka.
Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya
Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan
Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan
terutamanya apabila hujan.
Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat
satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP.
Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar
suara kami.
Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.
Yang Berkhidmat,
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment