Sebagaimana yang kita telah maklum, Perpustakaan FPI memberikan kemudahan kepada mahasiswa-mahasiswa untuk menambah rujukan dalam kajian ilmiah khususnya kepada pelajar degree mahupun postgraduate khususnya, serta pelajar luar UKM.
Thursday, March 14, 2013
PERPUSTAKAAN FPI : Antara konflik dan penyelesaianny
Sebagaimana yang kita telah maklum, Perpustakaan FPI memberikan kemudahan kepada mahasiswa-mahasiswa untuk menambah rujukan dalam kajian ilmiah khususnya kepada pelajar degree mahupun postgraduate khususnya, serta pelajar luar UKM.
Friday, November 23, 2012
TERUS KOMITED MEMPERJUANGKAN SUARA MAHASISWA DI FPI
Pada hari Rabu 21 November 2012, satu perjumpaan telah diadakan antara dekan Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad bersama MPP Mohd Khamis bin Mohamad Sani dan YDP PMFPI Rasyid bin Ismail di pejabat dekan. Perjumpaan ini diadakn begi menyuarakan suara mahasiswa melalui MPP.
SETITIS AIR DAN SI BURUNG KECIL
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
PEDULIKAH KITA??? TEPUK DADA TANYA IMAN....!!!
Tuesday, October 30, 2012
Thursday, October 11, 2012
TAHNIAH CHINESE COMMUNITY COUNCIL ( CCC )
Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad,wakil MPP UKM turun padang ke majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Chinese Community Council (CCC) UKM jam 8.00 malam tadi. Tahniah kami ucapkan di atas
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI
TRANSRENGIT : ADUAN MAHASISWA DITERIMA BAIK PIHAK TRANSRENGIT
Tuesday, June 5, 2012
SPEAKER CORNER : OPS KUNCI
Speaker Corner kali ini menampilkan antara Ikon Muslimat Muda iaitu Saudari Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad sebagai Exco Lajnah Ekonomi & Pemasaran yang mewakili ISIUKM. Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam , Saudara Mohd Rasyid Ismail juga turut sama berpidato, bagi menyatakan tanda sokongan bahawa isu keselamatan di UKM sangat dititik beratkan.
Saudari Tuan Zul Ajma Tuan Ahmad selaku wakil ISIUKM mengulas mengenai isu keselamatan siswi. Beliau menyatakan bahawa terdapat ramai siswi yang pulang lewat malam disebabkan oleh ketinggalan bas mahupun mesyuarat yang habis lewat. Hal ini telah menyebabkan mereka berjalan kaki sendirian untuk pulang ke kolej masing-masing. Keadaan ini agak merisaukan kerana terdapat pelbagai ancaman samada manusia berhati binatang mahupun haiwan liar.
Kerisauan ini berlandaskan kepada kes yang berlaku pada minggu lepas, iaitu seorang siswi yang keseorangan telah dikejar oleh seorang warga Indonesia berhampiran dengan masjid. Oleh itu, beliau telah menyarankan beberapa langkah keselamatan kepada rakan-rakan siswi :
- Pastikan tidak berjalan sendirian.
- Pastikan berteman dan teman tersebut sama jantina.
- Jika anda berjalan di sisi jalan, pastikan tidak memegang peralatan berharga seperti laptop, telefon bimbit, dompet dan sebagainya. Jika anda perlu memegangnya, pastikan barang tersebut berada di tangan yang tidak bersebelahan dengan jalan.
- Jika anda balik lewat malam pastikan ada orang yang menghantar anda pulang.
Akhir sekali beliau mengesa agar semua mahasiswa agar cakna dengan keselamatan samada terhadap diri sendiri, harta awam dan rakan-rakan kampus. Moga keprihatinan mahasiswa terhadap isu keselamatan ini akan mengurangkan kes-kes yang ada sekarang.
Sementara itu, Mohd Rasyid bin Ismail (YDP PMFPI) turut mengupas tentang isu keselamatan di UKM yang semakin membimbangkan. Antaranya ialah , kecurian motosikal dan laptop yang berlaku disekitar kampus melibatkan pelajar dan para pensyarah.
Beliau turut menyatakan resolusi yang sudah dibincangkan bersama PMUKM iaitu :
- Mengetatkan kawalan keluar dan masuk ke dalam kawasan kampus di pintu-pintu masuk UKM ( tindakan daripada WISMA AMAN)
- Mengadakan rondaan keselamatan ditempat-tempat yang berisiko berlakunya kes kecurian. ( tindakan daripada WISMA AMAN)
- Mewujudkan sistem pendaftaran barangan elektronik pelajar, khususnya laptop.
- Menambah baik sistem pencahayaan lampu jalan di sekitar UKM.
- Memasang grill di pintu-pintu bilik setiap kolej.
- Mewujudkan kawasan parking berpalang di setiap fakulti.
Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengharapkan kerjasama seluruh mahasiswa/i dalam membanteras masalah ini terutamanya apabila kes-kes ini berlaku dihadapan mereka dengan bertindak segera melaporkannya kepada pihak WISMA AMAN. Di samping itu juga, mahasiswa/i perlu memberikan partisipasi yang penuh terhadap segala program-program yang dianjurkan oleh PMUKM bagi membendung masalah kecurian ini. Sekian.
"Jom semua, jaga keselamatan diri dan harta benda
daripada menjadi mangsa kecurian."










