21 Jan 10- Notis pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merangkap pimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah ditampal semalam.
Notis tersebut dinaikkan di Pusanika pada malam tadi.
"Bagi pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), kami telah siap sedia sejak awal. Walaupun notis yang ditampal seperti biskut 'chipsmore' pada petang semalam, ia tidak sedikit pun menggentarkan kami mahasiswa UKM. Hal ini kerana, persiapan di peringkat GMUKM telah mencapai 100% dan sedia untuk berperang bagi merebut kerusi PMUKM,"luah saudara Affandi Abdul Rahman, Pengerusi MAMPU UKM.
Dimaklumkan bahawa hari Isnin 25 Januari 2010 merupakan Hari Penamaan Calon dan hari pembuangan undi jatuh pada hari Khamis 28 Januari 2010, Hari Ungu UKM. Gabungan Mahasiswa UKM berharap semua rakan-rakan mahasiswa UKM boleh melakukan perubahan pada sesi kali ini dengan mengundi calon-calon mahasiswa yang akan ditampilkan.
No comments:
Post a Comment